Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - “The Last Woman Standing”

Last modified on .

 

Filem “The Last Woman Standing” lakonan Shu Qi di TV2 

 

Filem bergenre drama romantik tentang kehidupan seorang wanita usia 30an yang berjuang mengejar cintanya lakonan mantap menyatukan dua aktor Shu Qi dan Eddie Peng dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam slot Golden Dragon pada 11 Jun ini, pukul 9.30 malam di TV2.

Dalam filem bertajuk “The Last Woman Standing” (2015), ia menceritakan tentang kehidupan seorang wanita berkarier bernama Ruxi lakonan bintang terkenal Shu Qi. Kerjayanya berkembang dengan pantas dan menjadi salah seorang wanita yang sukses.

Tetapi sayangnya sisi kehidupan peribadinya pula sebaliknya. Pada usia yang semakin meningkat dia belum bertemu dengan jodoh yang sesuai dijadikan pasangan hidup. Namun Ruxi tidak pernah putus asa untuk mencari jodoh masa depannya.

Perihal jodoh mungkin tidak berapa penting bagi Ruxi tetapi sebaliknya pula bagi ibu Ruxi. Sebagai ibu dia bimbang memikirkan anaknya lambat berjodoh dan mahu segera anaknya berkahwin. Bagi ibunya, apalah gunanya karier yang hebat sekiranya masih belum berkahwin.

Ibu Ruxi bukan sekadar risau sebaliknya merancang mahu menjodohkan anak gadisnya itu dengan seorang doktor yang kebetulan merawatnya di hospital. Dia terpikat dengan ketampanan dan perwatakan doktor itu yang masih bujang. Jodoh yang paling sesuai dijadikan menantunya.

Untuk merealisasikan hasratnya ibu Ruxi mengadakan janji temu antara Ruxi dengan Doktor Bai. Doktor Bai jatuh cinta pandang pertama dengan Ruxi sebaliknya tidak bagi Ruxi. 

Tanpa diduga satu hati Ruxi bertemu dengan pemuda tampan bernama Ma Sai lakonan Eddie Peng yang juga bekerja di tempat yang sama. Ma Sai merupakan pekerja baru di situ dan bekerja dengan Ruxi.

Karisma dimiliki Ma Sai membuat Ruxi jatuh cinta padanya. Malangnya lelaki tersebut lebih muda berbanding dirinya dan situasi itu membuatkan Ruxi serba salah. Pada masa sama dia kurang senang dengan reaksi teman baiknya yang mentertawakannya kerana meminati lelaki muda.

Namun kemudiannya Ruxi memberanikan diri menyatakan rasa cintanya kepada Ma Sai. Ma Sai pura-pura terkejut. Hakikatnya dia juga mengakui meminati Ruxi. Namun adakah cinta mereka bersatu? Bagaimana pula dengan Doktor Bai yang merupakan calon menantu pilihan ibu Ruxi? Akankah cinta Ruxi dengan lelaki pilihannya berjaya dan diterima? Ikuti kesudahannya di TV2.

-### -

Print Email

offcanvas