Siaran Media

SIARAN MEDIA - Anda Musykil?

Last modified on .

 

 ‘Amalan-Amalan Sunnah’ Dalam Program ‘Anda Musykil?’ pada 9 Jun Ini di TV1 

 

Kita diciptakan oleh Maha Pencipta Allah S.W.T untuk sentiasa beribadah kepadaNya. Namun apakah sebenarnya amalan-amalan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sejak kita bangun daripada tidur hinggalah kita melelapkan mata kita pada setiap hari?

Ikuti kupasan perkongsian topik ‘Amalan-Amalan Sunnah’ menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program “Anda Musykil? Di Sini Ada Jawapannya...” pada 9 Jun ini, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV1.

Program ini bakal menjawab segala persoalan berkaitan soal keagamaan bersama penonton di rumah melalui Telefon, Facebook, SMS dan email. Sebarang kemuskilan yang bersarang di minda para penonton boleh terus bertanyakan kepada penceramah yang diundang pada setiap episod.

Menampilkan pengacara Ahmad Izzhar bin Ahmad Nazri, setiap episod program ini turut mengundang penceramah jemputan berdasarkan topik dibicarakan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

-### -

Print