Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

Hebahan Pusat Sumber : Bella, Love, Unlikely

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
  
Judul                  : Bella & Love, Unlikely
Pengarang         : Acik Lana & Lynn Safiya
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan    : M Fic BEL 2017
Sinopsis:
BELLA – ACIK LANA
Bella – si ‘Ugly Betty’ yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot, Namun, Bella berangan juga nak cari true love. Sebab dia percaya cinta sejati itu wujud.

Faid – si tampan yang menjadi rebutan dan dambaan ramai gadis. Lelaki yang biasa-biasa tapi punya hati dan karisma yang cukup memikat. Di mata Faid, si Ugly Betty itulah pujaan hati. Tapi setiap kali dia buat confession, selalu kena reject. Kenapa susah sangat Bella nak terima cintanya? Sebab Amalina?

Amalina – Kembar seiras kepada Bella. Raut muka yang sama, namun penampilan dan sikap mereka berbeza. Kalau Bella the beast, dialah si beauty. Dari kecil lagi mereka tidak sebulu. Dalam hati Amalina, dendam perlu dilunaskan tak kira apa!

Ini kisah cinta tiga segi penuh drama. Jadi di mana penghujung kisah antara Bella, Faid dan Amalina? Siapa yang sengsara? Siapa pula yang bahagia?

LOVE, UNLIKELY – LYNN SAFIYA
Timah – Sempoi nama itu, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi.

Firas – Tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.

Dan ketika Timah mula akur dengan kehendak hati, langkah murninya telah disalah erti. Firas kecewa lalu meninggalkan si pemilik hatinya terkapai-kapai sendiri. Timah kembali dijejaki tapi masih adakah ruang untuk Firas kembali bertapak dalam hati?
 
 
   
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia
 

Print Email

offcanvas