Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

Hebahan Pusat Sumber : Kembalikan Merah Cintaku

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
  
Judul                    : Kembalikan Merah Cintaku
Pengarang          : Tulip Ungu
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan    : M Fic TUL 2018
Sinopsis:
Demi lari daripada kerakusan abang kandung sendiri dan marahnya kepada bekas
kekasihnya Harraz, Ava membuat keputusan nekad untuk berkahwin dengan Haydar; Tetapi Haydar tidaklah sesuci yang dia sangka. Lelaki yang dia sangka baik itu, ada juga ‘bahaya’nya.Perkahwinan tanpa paksaan, hari demi hari Ava semakin lemas dalam lautan cinta Haydar. Kedua-duanya saling menyimpan rindu, cinta dan sayang dalam hati masing-masing.

Haydar kembali menyemarakkan merahnya cinta Ava namun kasih sayang mereka diuji apabila masa silam Haydar bersama Daisy kembali menghantui. Daisy yang nekad untuk mendapatkan Haydar kembali.

Dan Ava pula menjadi buruan Khairy, abang kandungnya dan juga Harraz, bekas
kekasihnya. Pelbagai cara digunakan Khairy dan Harraz untuk menjatuhkan Haydar. Mampukah Haydar menjadi lelaki yang mengembalikan merahnya cinta Ava?
  
 
   
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia
 

Print Email

offcanvas