Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Buku Baharu : Cinta Ajari Aku

Last modified on .

"Membaca Menyuluh Minda" - Hebahan Buku Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
Judul                     : Cinta Ajari Aku
Pengarang            : Hessa Widad
Tahun Terbitan    : 2016
No. Panggilan      : M Fic HES 2016
Sinopsis :
 
Pertemuan yang tidak diatur membawa satu titik perubahan dalam hidup Nasrun Parsha. Semuanya gara-gara dek ketajaman kata-kata yang dilontarkan oleh seorang gadis yang tidak dikenali. Tanpa sedar, tercalit memori yang tidak disangka-sangka. Dugaan demi dugaan yang dihadapi oleh Suhana membuat dia menjadi seorang pemendam. Siapa sangka cinta yang disulam selama lebih lima tahun terlerai dua minggu sebelum tarikh nikah. Cinta yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga tidak dapat dipertahankan. Demi rasa tanggungjawab, dia melepaskan cintanya. Dalam keadaan tidak berdaya dan hatinya hancur terkenangkan maruah keluarganya yang akan tercalar, muncul huluran salam cinta yang bertunjangkan ijab kabul daripada seorang lelaki yang tak pernah dikenalinya. Lelaki yang bersungguh untuk menikahinya semata-mata kerana Allah. Pengalaman cinta Suhana membuatkan Parsha berusaha membimbing Suhana agar mencintainya. Walaupun dia terpaksa meninggalkan Suhana demi negara, dia tak lupa untuk mengajar Suhana makna sebuah cinta. Namun, pujukan dan rayuan Zarief menjadi penghalang Suhana untuk mengenali cinta Parsha. Tekanan demi tekanan membuatkan Suhana semakin bingung. Mampukah Suhana membina cinta yang diimpikan? Mampukah cinta Parsha merawat dan membimbing Suhana? Kuatkah cinta Zarief mengembalikan semua cinta pertama yang disulam bersama Suhana?
 

Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

 

Print Email

offcanvas