Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Pusat Sumber : Encik kembar Jatuh Cinta

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Encik Kembar Jatuh Cinta
Pengarang : Aira Eddy
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic AIR 2017
Sinopsis:
Pilihan jodoh oleh Syarifah Al Bahiyah adalah pilihan muktamad. Setiap butir perkataan yang keluar daripada mulutnya adalah arahan mati. Mampukah cucu kembar pertama Syarifah Al Bahiyah, Tengku Zaim Hakimi bin Tengku Zahid Harith mencari gadis yang sekufu dengannya sebelum tempoh yang diberikan tamat?
Cinta yang tiba-tiba datang harus dibuang jauh disebabkan gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah wajib dinikahi. Dapatkah Tengku Zaid Hakimi bin Tengku Zaid Harith, cucu kembar yang kedua melupakan cinta yang mula bersemai dihati?
Sengaja tidak membenarkan mana-mana perempuan hinggap dihatinya disebabkan jodoh sudah diatur oleh nendanya. Adakah akan hadir rasa cinta pada gadis yang akan dikahwini oleh Tengku Zalif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar ketiga Syarifah Al Bahiyah?
Cinta yang sudah dipupuk sejak zaman persekolahan perlu bersaing dengan cinta gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah. Demi kasih dan cinta, adakah Tengku Zaqif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar keempat Syarifah Al Bahiyah akan sanggup berpoligami?
Di sebalik cerita cinta cucu-cucu kembar Syarifah Al Bahiyah terselit seorang insan yang bernama Nurul Iffah binti Atan. Demi wasiat bapa Iffah, serta rasa cinta, kasih dan pengorbanan, kakinya dikunci di banglo Syarifah Al Bahiyah.
Siapa Iffah? Kenapa dia sangat dibenci Syarifah Al Bahiyah? Sama-sama kita nantikan pengakhirannya dalam Encik Kembar Jatuh Cinta.
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas