Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Pusat Sumber : Kerana Kau Aku Kembali

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Judul  : Kerana Kau Aku Kembali
Pengarang : Sophilea
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic SOP 2017

Sinopsis:
KAU bangkitkan aku dari lena aku yang panjang. Ratusan purnama berlalu, saat kau mengukitkan kata cinta dan kini aku kembali menuntut sebuah janji. Naili, dendam itu adalah luka yang sangat parah. Saat kau bersendirian, mereka akan datang sebagai sahabat dan kawan. Tapi syaitan dan Iblis adalah penipu yang sangat licik. Mereka adalah musuh yang akan merosakkan jasad dan jiwamu. Naili di jiwanya penuh dendam. Dia mahu penuhkan hatinya dengan kebencian. Satu saat lelaki itu muncul sebagai kawan dan iblis itu pula muncul dengan satu perjanjian.
7 helai rambut perawan mati dibunuh beserta tujuh titisan darahmu adalah perjanjian yang kita akan pateri. Naili, kau akan jadi milik aku dan aku akan bersamamu sehingga mati. Dalam gelap malam tujuh helai rambut perawan mati dibunuh diambil. Dicampur tujuh titisan darahnya. Si iblis tersenyum megah. Seorang lagi anak Adam bakal diheret bersamanya ke neraka. Dia menjadi penjaga dan mendampingi Naili.
Tiada siapa disisinya. Tapi suara siapa yang menjelma. Waktu Mak Wan nampak Adam yang bertukar menjadi makhluk hodoh di dapur sedang meratah daging mentah diatas meja, dia pengsan. Di rak televisyen Jumay nampak seekor pontianak sedang duduk sambil menyanyi lagu yang menyeramkan. Waktu lena Aisyah diganggu dengan suara Mereka dalam ketakutan apatah lagi bila seorang lelaki minta Ayman mencarikan kepalanya yang hilang.
 
Naili terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janjinya pada naili? Dan ustaz Zakuan yang selalu menganggu ketenangan dirinya. Satu ketika Naili dibawa pergi jauh ke alam lain. Cuma jasad dan nafasnya sahaja yang tinggal di dunia nyata. Naili dibawa pergi oleh Hibni yang meminjam jasad Megat yang sudah mati ratusan tahun dahulu.

 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas