Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Mind Reading Councel - New Book Release

Hebahan Pusat Sumber : Rindu Yang Terlarang

Last modified on .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Judul : Rindu Yang Terlarang
Pengarang : Umie Nadzimah
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic UMI 2018
Sinopsis:
Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan namun benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa. Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa.
Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan dua keluarga?
Segalanya akan terjawab dalam Rindu Yang Terlarang…
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Print Email

offcanvas