Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Raikan Merdeka 31 Ogos Ini di RTM

Dikemaskini pada .

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka ! Merdeka !

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka.

Lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini ternyata dekat di hati seluruh rakyat Malaysia terutama pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga pada tanggal 31 Ogos ini menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan memberikan pilihan kepada seluruh penonton dan rakyat Malaysia untuk mengikuti filem mahu pun telefilem sesuai dengan sambutan tanggal keramat ini.

Menerusi saluran utama TV1 menyiarkan telemovie khas arahan Shuhaimi Lua bertajuk “Bukan Lelaki Biasa” yang membawakan kisah anak-anak Malaysia kacukan Bangladesh yang tebal jiwa patriotik dalam diri mereka. Walaupun sering dihina perbezaan bangsa, budaya dan asal-usulnya tidak menghalang mereka menjadi anak Malaysia yang sejati. Ia dibintangi pelakon Radhi Khalid, Idris Khan, Fendy Bakry, Hafeez Mikail, Nad Zainal dan Catriona Ross.

Sementara itu menerusi saluran TV2, pukul 10.30 malam tampil dengan tayangan filem dari negara Kyrgyzstan bertajuk Kurmanjan Datka Queen of The Mountains” dengan plot kisah yang jarang sekali berpeluang ditonjolkan ini. Filem profil biopik bersejarah yang mewakili negara-negara wanita yang membantu menyatukan Kyrgyzstan pada tahun 1800-an, “Kurmanjan Datka Queen of the Mountains” juga merupakan filem bahasa asing dipertandingkan dalam Anugerah Oscar. Skop epik yang dibawakan dalam filem ini berunsur semangat cintakan negara.

Filem epik berkaitan seorang wanita yang kuat, berani dan berdikari pada zamannya, dikenali sebagai Kurmanjan, yang dihormati hingga ke hari ini. Beliau menggunakan pendekatan diplomasi untuk menyelamatkan negaranya dari kemusnahan sepenuhnya ketika Rusia menyerang wilayah negara mereka.

Seterusnya saluran TV Okey bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan telemovie “Wanita di Hujung Kuala”, pukul 8.00 malam. Ikuti perjalanan kisah gadis bernama Nur yang teringin untuk melanjutkan pelajaran seperti abangnya, Idris dan Yusuf yang bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Namun ayah mereka, Pak Ali membantah impian Nur. Nur yang bekerja di pejabat Tuan Andrew dimana Tuan Andrew teruja dengan sikap Nur yang rajin untuk membaca buku dan belajar bahasa Inggeris dalam waktu yang sama.

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Nur dalam menuntut ilmu sehinggalah beliau berjaya ditawarkan oleh pihak British untuk menyambung pelajaran di England.

Telemovie ini menampilkan gandingan pelakon utama iaitu Daler Yusof, Nazeera Sardi, Riz Amin, Sharifah Shahora dan Zahid Baharudin.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

Cetak Emel

offcanvas