Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Demi Mira

Dikemaskini pada .

Mior Hashim Manap Tampil Dengan Telemovie “Demi Mira” di TV2

 

Perkongsian watak si isteri bernama Mira terkeluar dari lingkungan watak popular drama Melayu yang sinonim dengan sikap curang bila suami dijatuhi hukuman atas kesalahan berat dilakukan. Kesetiaan Mira menonjolkan sisi boleh dijadikan contoh meskipun ketika itu dia berpeluang meneruskan hidup bila ada lelaki lain yang sudi melamar.  

Pengkisahan ini menjadi pengisian dalam telemovie bertajuk “Demi Mira” arahan Mior Hashim Manap yang menampilkan lakonan mantap Rizz Amin, Ika Nabila, Jay Iswazir dan Chekem Mirza menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 27 September ini, pukul 9.30 malam di TV2.

Telemovie terbitan Al Kahfi Pictures ini menonjolkan realiti kesetiaan antara suami isteri ketika menempuh dugaan dalam hidup. Dugaan yang dihadapi oleh seorang isteri apabila suaminya didapati bersalah terlibat dengan kegiatan jenayah. Si isteri cuba tabah dan sabar ketika suami menjalani hukuman. Begitu pun dugaan besar melanda apabila suami dituduh membunuh.

Drama ini membawa penonton menyusuri kisah watak utama bernama Sulaiman yang sedang mencari kerja ditawarkan bekerja oleh Joe di sebuah bengkel kereta. Mira bersyukur dengan rezeki suaminya dan dapat menampung persekolahan anak mereka, Anis.

Sulaiman sering disuruh membawa kenderaan tertentu tanpa mengetahui yang dia sebenarnya memandu kenderaan curi untuk satu sindiket. Beliau cuba berhenti setelah mengetahuinya namun gagal mencari kerja lain.

Akhirnya kerja haram yang dilakukan mereka tidak bertahan lama dan Sulaiman ditangkap. Sulaiman telah dijatuhkan hukuman dengan dibuang daerah selama 2 tahun manakala Mira mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Mira meneruskan kehidupan dengan menjual kuih di warung ibunya. Sulaiman menelefon Mira untuk menyatakan kerinduan beliau pada Mira dan Anis. Shafiq pula cuba mengambil kesempatan untuk mendekati Mira namun Mira setia pada Sulaiman.

Sementara itu, Anis mengharapkan untuk dipertemukan dengan ayahnya setelah rindu akibat lama terpisah. Ketua sindiket mengarahkan ahlinya membunuh Sulaiman namun Joe cuba menghalang dan dia terbunuh dalam pergelutan tersebut.

Sulaiman tidak bernasib baik apabila dia pula yang dituduh membunuh Joe. Mira sama sekali tidak percaya yang suaminya merupakan seorang pembunuh. Adakah akhirnya kebenaran menjadi milik Sulaiman dan keluarganya? Ikuti kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

Cetak Emel

offcanvas