Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - “All Over The Workplace”

Dikemaskini pada .

Program Realiti Kerjaya Impian Kanak-Kanak Dalam “All Over The Workplace” di TV1  

Program realiti bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap alam pekerjaan dalam usaha membantu mereka meletakkan cita-cita pada masa hadapan sedang bersiaran menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Jumaat, pukul 10.30 pagi di TV1.

Diberi tajuk “All Over The Workplace”, 20 episod program berbahasa Inggeris ini mengetengahkan dua (2) orang kanak-kanak dalam setiap episod diberi pendedahan dunia pekerjaan yang mereka impikan. Mereka diberi tiga (3) tugasan oleh mentor masing-masing dan diakhiri dengan penilaian.

Menampilkan Alex Riley sebaga hos, kerjaya yang ditonjolkan termasuklah cef, penulis, doktor, eksplorasi angkasa, pemain bola sepak profesional, polis, ahli politik, ahli pengkaji biologi marin. Ada juga kerjaya sebagai guru, juruterbang, ahli forensik, pereka fesyen, arkitek, peladang dan penternak serta banyak lagi.

Ikuti perjalanan dua kanak-kanak Louis dan Jess yang bercita-cita besar menjadi seorang cef berjaya. Mereka didedahkan dengan dunia cef yang sebenar dengan bertugas menjadi Chef untuk kapal tentera laut Britain dan juga menyediakan makanan di restoran bertaraf 5 bintang di London. Mereka berjaya dalam setiap tugasan dan diberikan pujian serta kata perangsang daripada mentor masing-masing.

Seterusnya bersama-sama Jack dan Meg mengimpikan kerjaya sebagai penulis berjaya. Mereka didedahkan dengan berkunjung ke sebuah syarikat penerbitan komik dan buku cerita serta bertemu dengan seorang penulis buku yang terkenal.

Dalam episod berikutnya perkongsian Rayaan dan Lubna pengalaman mereka dengan tugasa seorang doktor, Honey dan Leon dalam bidang eksplorasi angkasa, Freya dan Chitua berminat menceburi bidang bola sepak professional, Brandon dan Greta ingin menjadi pelawak profesional.

Seterusnya Abi dan Kyra berkunjung ke sebuah balai polis untuk melihat dan mengalami sendiri latihan kecerdasan anggota polis, aktiviti seharian anggota polis peronda, unit berkuda dan juga unit anjing pengesan. Manakala Kiya dan Toby pula berkecimpung dalam industri pembuatan permainan video.

Kisah kerjaya impian Harry dan Mia yang bercita-cita besar menjadi pelakon pementasan teater muzikal direalisasikan dalam program ini. Tambah menarik bila Charlotte dan Henrietta yang bercita-cita besar dalam berkecimpung dunia politik didedahkan sesi perbincangan bersama pelanggannya yang kerap berkumpul membincangkan halhal politik semasa. Mereka juga diberi peluang untuk bertemu dengan Speaker Parlimen dan juga bekas setiausaha politik, untuk mempelajari teknik berdebat dan juga wawancara bersama wartawan.

Dalam pada itu, Dylan dan Izzy merupakan dua orang kanak-kanak yang bercita-cita besar untuk menjadi pereka fesyen cuba menyelesaikan tugasan diberikan mentor mereka, juga Ella dan Struan merupakan dua orang kanak-kanak yang bercita-cita besar menjadi ahli pengkaji biologi marin.

Beberapa lagi kerjaya impian kanak-kanak turut direalisasikan dalam program ini  Akshita dan Sam (juruterbang), Joseph dan Ophelia (cikgu), Amjad dan Rosie (arkitek), Megan dan Holly (peladang dan penternak), Harvey dan Sam (pengarah filem), Edwin dan Leila (saintis forensik), Tamira dan Kirsty (pelukis ilustrasi), serta Erin dan Tom (pelumba basikal).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

Cetak Emel

offcanvas