Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Resipi Rezeki

Dikemaskini pada .

Perang Izzue Islam dan Jaa Suzuran Dalam Travelog Masakan, “Resipi Rezeki” Di TV Okey

 

Benarkah pelakon Izzue Islam dan Jaa Suzuran berperang sesama sendiri? Jika begitu apakah punca dan sebabnya? Namun usah bimbang kerana situasi ini hanya berlaku dalam program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Resipi Rezeki” yang berkonsepkan pertandingan masakan mulai 29 Oktober ini, setiap Selasa, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV Okey (Astro 109).

13 episod program ini dilatari dengan segmen pertama dimana penonton dibawa menemui peniaga makanan di pasar malam, pasar pagi dan bazar untuk meninjau jenis makanan yang dijual. Dalam setiap episod mereka berdua akan memilih dua orang peniaga untuk mempelajari resipi makanan jualan mereka. Hos kemudiannya terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan bermula dari membeli barang mentah seterusnya belajar memasak. Kedua mereka akan bertanding menjual sendiri makanan yang disediakan itu ditempat makan awam. Kemenangan ditentukan melalui jumlah kutipan hasil dari jualan tersebut.

Dalam episod pertama mereka berkunjung ke Pasar Malam di Chemor, Perak. Izzue Islam memilih En Zulkifli Mohd Diah yang menjual Murtabak, manakala Jaa Suzuran memilih En Roshdi Ramli Said, penjual Roti Boom. Bermula dengan membeli bahan mentah, kedua-dua mereka kemudiannya telah belajar menebar roti dan kulit murtabak juga cara membuat kuahnya. Setelah selesai memasak Izzue dan Jaa telah membantu kedua dua peniaga menjual makanan tersebut di pasar malam untuk menentukan pemenangnya.

Tauhu Bergedil vs Lempeng dalam episod berikutnya Izue memillih untuk belajar membuat Tauhu Bergedil dari Pn Anis dan Jaa Suzuran belajar membuat Lempeng dari Pn Shuhada. Bermula dengan membeli barang mentah dan menyedia bahan, mereka kemudian belajar memasak. Setelah siap mereka telah membawa makanan tersebut ke bazar makanan untuk berniaga. Pelbagai gelagat yang melucukan dibuat untuk menarik pelanggan.

Seterusnya bersama-sama Puan Maria Zulkifli dan Pn Mastura Musa, peniaga di pasar malam, Izzue mempelajari cara membuat Roti Jala manakala Jaa belajar membuat Tortilla Ayam. Penggambaran diadakan dihadapan Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh. Setelah siap memasak, mereka bersaing menjual makanan tersebut di perkarangan MAPS dan membuat kecoh merebut pelanggan.

Semakin menarik dalam episod mereka meninjau ke sebuah bazar makanan mencari menu untuk dijual. Izzue belajar membuat pulut panggang, manakala Jaa belajar membuat cucur ketam. Seterusnya mereka bersaing menjual makanan tersebut untuk menetukan siapa pemenang.

Masih di bandar Ipoh, Izzue memilih En Mohd. Ridhwan Fahmi pembuat popia manakala Jaa memilih En Mohd. Safuan pembuat pasembor. Di sebelah pagi mereka telah mengikut kedua dua penjual membeli serta menyediakan bahan dan kemudian belajar memasak. Setelah selesai memasak mereka menbawa makanan tersebut ke sebuah pusat perniagaan (Mall) untuk menjual. Berbagai strategi digunakan oleh kedua dua hos untuk menarik pelanggan.

Persaingan antara Izzue dengan Jaa berterusan dalam episod berikutnya memasak menu Cakoi vs Karipap Gajah, Mee Rebus Tulang vs Soto Ayam, Ketupat vs Lemang Tepung, Roti John vs Big Mac Quesadilla, Kerabu Mee Segera vs Kacang Pool, Kuih Jongkong vs Kuih Badak Berendam, Takoyaki vs Churros dan Sate Ayam vs Putu Cawan.

Siapakah antara kedua mereka yang dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan? Di samping cuba mengumpul keuntungan daripada hasil jualan, mereka turut mendermakan sebahagian daripada wang diperolehi untuk tujuan kebajikan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas