Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Projek Ruang

Dikemaskini pada .

Hefny Sahad Kongsi Bakat Dekorasi Kediaman Dalam “Projek Ruang” Di TV Okey

 

Sabtu anda kini lebih terinspirasi menjadikan rumahku syurgaku. Buat mereka yang merasakan rumah anda sempit, ruang terbatas untuk melakukan minat anda, tidak pandai mengunakan ruang dalam rumah anda, luangkan masa menyaksikan program dekorasi kediaman bertajuk “Projek Ruang” yang sedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 1.30 petang di TV Okey.

Bersama-sama Hefny Sahad sebagai hos, “Projek Ruang” berkongsi dengan penonton ruang yang sempit mampu kelihatan menarik. Tak terkecuali buat kaki deko, pelbagai tips dan diy bakal dikongsikan sepanjang 13 episod program ini turut disiarkan.


Pengisian dan perhiasan ruang dalam dan luar rumah dikongsi bersama-sama dengan seorang pemilik rumah yang telah pun mendekorasikan rumah mengikut konsep sendiri. Berdasarkan kepada perhiasan rumah yang telah dipilih, Hefny menghuraikan dan memperkenalkan ‘tips’ dan petunjuk untuk mendekorasikan rumah.

Berkonsepkan sentuhan Inggeris dan campuran tradisi Melayu, Hefny berada di kediaman milik Pn.Zunaidah Ani di Klang turut bercerita tentang pemilihan dekorasi untuk ruang dalaman dan luaran. Episod ini diakhiri dengan cara membuat lampu dinding DIY dengan menggunakan buloh.

Menarik berikutnya perkongsian tentang fokus kepada memenuhi ruang untuk kanak-kanak. Hefny membawa penonton ke rumah kluster berkonsepkan ‘Modern’. Tips diberikan khas yang menitik berat keselamatan dalam memilih perabot dan deko untuk pembelajaran khususnya untuk anak-anak. Segmen DIY memaparkan ‘Papan barang mainan DIY’ yang selamat digunakan oleh kanak-kanak.

Pemilik rumah bertingkat boleh berkongsi konsep dekorasi ‘bohemian’ dalam episod bermula dari ruang tamu hingga ke dapur.Tips dikongsikan ukuran yang tepat sebelum membeli perabot, cara memilih panel pemisah ruang, penyusunan perkakas secara kreatif dan juga hiasan berbentuk kata-kata ilham pada dinding akan memberikan rasa yang berlainan pada rumah.

Inspirasi kepada pemilik rumah teres 2 tingkat yang terletak di Cheras berkonsep tradisional dan Inggeris. Istimewanya kerana rumah ini mempunyai 28 buah pintu. Hefny melihat dekorasi seluruh rumah dihiasi dengan ukiran kayu dan perabot kayu jati tua.

Episod berikutnya fokus kepada dekorasi ruang kecil, rumah flat yang mempunyai dua bilik dimiliki berkonsepkan ‘cafe’. Antaranya ubahsuai dahulu sebelum pindah ke rumah, membuat pengubahsuaian mengikut bahagian demi bahagian, merancang konsep dan kos ubah suaian rumah, memilih tumbuhan yang sesuai dengan keadaan ruang, mengunakan barang yang sesuai dengan bilangan isi rumah.

Hefny mengunjungi pangsapuri berdekorasi kayu berkonsepkan hiasan gabungan Jepun, Cina dan Baba Nyonya, yang memiliki keunikan tersendiri. Seterusnya dikongsikan dekorasi rumah teres setingkat berkonsep modern minimalis, hiasan 'rumah teres semi-detached' konsep kayu warisan Melayu, rumah pangsapuri di tingkat 16 di Putrajaya dengan konsep moden industri, memiliki keunikan tersendiri.

Memberikan tumpuan kepada ruang kerja di rumah, program ini turut mengunjungi Kondominium Menara Jade berkonsepkan ‘Soho’ dan mengetengahkan tips berguna cara memilih perabot dwi fungsi, penggunaan tanda nama di barang dapur, dan memaksimakan penggunaan ruang.

Penonton dibawa ke rumah teres setingkat yang berkonsepkan warna warni ceria. Hefny melihat dekorasi seluruh rumah dihiasi dengan barang berkonsepkan warna ceria. Antara tips bagi mewujudkan ruang keluarga, pemilihan warna hiasan, dan deco yang berilham kepada permainan dan pembelajaran bagi kanak kanak.

Menyusul dua episod iaitu paparan dekorasi kediaman rumah 2 tingkat dengan konsep modern 'minimalis'. Antara tips tersebut adalah penjagaan lantai, pengunaan perabot dwi gunaan dan penggunaan tanda nama di barang. Episod terakhir pula tentang rumah 'Apartmen' yang berkonsepkan 'Farm House Modern'. Beberapa tips dikongsi antaranya cara mengolah perabot sedia ada, penggunaan perabot DIY dan pengolahan perabot dan ruang. Seterusnya, Hefny menunjukkan cara membuat bekas hiasan lilin dengan menggunakan bingkai gambar.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas