Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Lafaz

Dikemaskini pada .

Qi Razali Alzheimer? Dalam Supertele “Lafaz” Terbitan Unit Drama TV RTM di TV2

 

Alzheimer adalah penyakit yang berkaitan dengan fungsi gangguan ingatan. Dalam fikiran kita, umum beranggapan risiko penyakit Alzheimer berlaku dalam kalangan usia 65 tahun ke atas. Namun realitinya Alzheimer pada usia muda tidak mustahil boleh terjadi.

Alzhaimer pada usia muda berkemungkinan terjadi dalam kalangan usia 40-50 tahun. Bahkan, mengikut kajian ada juga yang berlaku seawal usia 30 tahun. Sayangnya, gejala penyakit ini dalam kalangan orang muda lebih dirujuk sebagai tekanan akibat aktiviti seharian.

Sebagai mengotakan janji akan terus menonjolkan karya-karya ‘berat’ yang lebih bermutu bagi menyuntik elemen kelainan kepada penonton, Radio Televisyen Malaysia (RTM) muncul dengan supertele “Lafaz” mengisi slot Citra di TV2 pada 13 Disember ini, Jumaat, pukul 9.00 malam. 

Naskah berkualiti terbitan Unit Drama TV RTM, “Lafaz” mengetengahkan karya arahan Hisyamudin Ahmad sebelum ini pernah tampil dengan naskhah khas sempena Hari Kebangsaan dengan judul ‘Lalang’, yang mengangkat jati diri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia. Seterusnya menyerlah dalam karya ‘Sesekali’ diadaptasi daripada puisi dengan judul sama karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2006.

Menerusi Lafaz, Hisyamudin yakin penonton yang kini nyatanya lebih bijak dan terbuka dalam menerima karya yang dihasilkan RTM dengan mesej-mesej tertentu. Lafaz mengangkat perkongsian tentang penyakit Alzhaimer yang mana penonton selalunya terbiasa ia melibatkan golongan berusia.

Berbeza dengan Lafaz, konflik dan derita penyakit ini dilalui pasangan suami isteri muda, Zayan dan Prisia yang wataknya dibawakan oleh Qi Razali dan Diana Aqila. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Naqi. Turut dikongsikan perasaan si kecil yang terpaksa berperang dengan perasaan sendiri dengan situasi dihadapi ibu dan ayahnya itu.

Sinopis

Plot penceritaannya bermula dengan watak utama Prisia berasal dari Indonesia manakala Zayan kelahiran Malaysia. Cinta dua negara ini berputik di Terengganu.  Pada satu hari, ungkapan cerai terlafaz daripada mulut Zayan akibat salah faham yang berlaku kerana Zayan beranggapan Prisia curang dengannya.

Setelah sedar daripada kesilapannya, Zayan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka. Namun malangnya mereka tidak boleh rujuk semula atas faktor kesihatan kedua-duanya. Situasi itu cukup menyedihkan Naqi.

Ketika itu Naqi berusaha untuk menyatukan kembali ibu bapanya yang terpisah walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Wujud watak Malik dan Anum antara penduduk kampung yang prihatin mahu membantu menyelesaikan masalah dihadapi keluarga ini.

Selain Qi Razali, dan Diana Aqila, supertele ini turut dibintangi oleh Syed Muhammad Baqir (Naqi), Syazwan Zulkifly (Izra), Akmal Ahmad (Malik), Mardiana Alwi (Anum), Salina Saibi (Inspektor Salina) dan Wan Hanafi Su.

- ### -

Cetak Emel

offcanvas