Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Redah Aje

Dikemaskini pada .

Kaki Pancing Wanita Dalam Program “Redah Aje” di RTM

 

Aktiviti memancing seringkali didominasi dan dikaitkan dengan golongan lelaki. Tapi itu dahulu, kini pembabitan wanita dengan aktiviti ini adalah perkara biasa dengan peningkatan jumlah yang semakin hari semakin bertambah. Menariknya aktiviti ini juga berjaya menarik golongan wanita bujang dan juga yang sudah berkeluarga kerana bermula hanya sekadar menemankan suami namun kemudiannya jatuh cinta dengan aktiviti ini.

Namun menjadi keutamaan bagi seseorang pemancing itu untuk menitikberatkan keselamatan peralatan dan keperluan diri sendiri setiap kali keluar memancing. Setiap pemancing perlu melengkapkan diri dengan pakaian yang sesuai dan tidak ketinggalan mengenakan jaket keselamatan memakai kasut dan membawa ubat-ubatan.

Menampilkan hos Nadia Hasnan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berbesar hati menayangkan program diberi tajuk “Redah Aje” mulai 10 Sepetember ini, setiap Khamis, pukul 6.00 petang di TV Okey.

 13 episod program ini berkongsi aktiviti serta tip memancing bersama pemancing-pemancing profesional. Nadia dan tetamu undangan khas ini juga bakal meredah lubuk-lubuk memancing popular di Malaysia yang boleh dicuba oleh pemancing lain.

Antara lokasi ‘rahsia’ yang dibawakan kepada penonton dan semua ‘kaki pancing’ di Malaysia ini termasuklah Sungai Kelebu di Tasik Kenyir, Sungai Kuala Ketil di Kedah, mencandat sotong di Pulau Langkawi, Lubuk Lesong, Lubuk Tengalan Taman Negara, Batu Gajah di Perak, dan sekitar Pulau Pinang.

Turut dicuba memancing di Sungai Kahang dan Sungai Seberang Kecil Johor, Gua Musang di Kelantan, Marang di Terengganu, Tasik Pedu di Kedah, Lumut di Perak bersama-sama tetamu Roshidi Othman dan Faiz Naufal, Endau Rompin Pahang dan lokasi terakhir di Sungai Rembau, Negeri Sembilan.

Luangkan masa menyaksikan program santai ini di TV Okey. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

-### -

Cetak Emel

offcanvas