Siaran Media

SIARAN MEDIA - "KAYUH MAKAN ULANG"

Dikemaskini pada .

Travelog Berbasikal Merentasi Bumi Kenyalang Dalam “Kayuh Makan Ulang” di TV Okey

 

Pengembaraan berbasikal bersama Aril Pilus dan Karl untuk menikmati keindahan dan keunikkan lokasi yang dikunjungi di Sarawak dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam sebuah program travelog terbaharu diberi tajuk “Kayuh Makan Ulang”.

Sepanjang 13 episod program terbitan YG Film Sdn Bhd ini, penonton dapat menyaksikan aksi dan cabaran dihadapi mereka dalam mengharungi perjalanan dan pengembaraan mereka menunggang basikal sejauh 844 kilometer dari hujung barat Sarawak ke bandar minyak Miri di bahagian timur bumi kenyalang.

Bukan itu sahaja sebaliknya hos akan turut singgah di beberapa bandar untuk mencuba masakan tempatan dan belajar lebih banyak mengenai budaya tempatan daripada masyarakat setempat yang ditemui mereka.

Aktiviti jelajah mereka bermula dari Telok Melano ke sekitar Pantai Abang Amin, Pekan Lundu dan Waterfront Lundu. Seterusnya mereka menjelajah dari Lundu ke Bau dan perjalanan diteruskan dari Bau ke Kota Samarahan.

Kayuhan tambah mengujakan dari Kota Samarahan ke Batang Sadong, pecan Sebuyau ke Maludam dengan menaiki feri, dari Pusa ke Saratok. Lokasi persinggahan berikutnya mereka mengunjungi Kabong ke bandar Sarikei.

Segala lokasi keindahan menonjolkan keindahan dan keunikan daerah Sibu diceritakan dalam episod sembilan. Dari Sibu mereka berkongsi rahsia menarik di sekitar Pekan Selangau. Aktiviti berbasikal diteruskan dari Mukah menuju ke Bintulu, Kuala Suai dan Sibuti. Lokasi kayuhan berakhir di Bandar Miri.

Antara pengisian menarik sesi temubual peniaga buah-buahan di Jalan Bank, Sarikei. Di sana Aril juga sempat mengunjungi dan mencuba makanan dihidangkan di Restoran Dapur Fauziah, terletak di bandar baru Sarikei. Sesuatu yang mengujakan pastinya percubaan mereka semasa Bintangor untuk menikmati keenakan rojak istimewa. Orang ramai pastinya turut tertawan dengan pengisian aktiviti ketika melawat Muzium Melanau Sapan Puloh di Mukah.

Episod pertama program ini bakal menemui penonton pada 14 September ini, setiap Isnin, pukul 10.00 pagi menerusi saluran TV Okey.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Cetak