Siaran Media

SIARAN MEDIA - GERABAK CEF

Dikemaskini pada .

“Gerabak Cef” Bersama Selebriti Terkenal di RTM

 

KEMBARA mencari resipi terbaik untuk dihidangkan bersama-sama selebriti undangan popular dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program travelog terbaharu, “Gerabak Cef” mulai 16 September ini, setiap Rabu, pukul 10.30 pagi di TV Okey.

 Dalam 13 episod program ini hos Hazwan Adrey bersama-sama 13 selebriti berbeza berkongsi menu pilihan mudah tetapi sedap untuk dicuba. Istimewanya program ini tidak hanya berada di sekitar Lembah Klang sahaja sebaliknya lokasi dikunjungi ke serata negeri dalam Semenanjung Malaysia.

Negeri Melaka menjadi pilihan lokasi pertama program ini dengan meluangkan masa dan peluang menyediakan menu kek Swiss Roll bersama-sama Zulin Aziz dan Cef Daus.

Menjadi salah satu kedai yang dicadangkan mesti dikunjungi sekiranya melawat Johor, Kedai kepunyaan Hiap Joo Bakery and Biscuit Factory ini terletak di no 13, Jalan Tian Hiok Nee di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Menariknya kedai Hiap Joo juga masih menggunakan kaedah lama membakar kek pisanya iaitu menggunakan arang kayu, dan dibakar dalam ketuhar tradisional yang di panggil "sabak". Tetamu episod ini Didie Astillah.

Kemudiannya bersama-sama tetamu pelakon Nafiz Muaz menyediakan Kedai Kek Lapis Melaka, Bella Dowanna berada di lokasi Petal and Bakes Kampung Baru Kuala Lumpur, pelakon Neera Azizi mengunjungi Kedai Bakery Toast House Negeri Sembilan, Fizo Omar menyediakan menu kuih bahulu dan Arja Lee memasak kuih akok yang kedua-duanya berada di Kelantan.

Seterusnya bersama-sama pelakon Dottie di Terengganu mencuba menu Roti Paung, dan pelakon Lia Natalia menyediakan Kuih Bekang Tok Minah yang juga terletak di Terengganu. Manakala dua episod berikutnya di negeri Pahang mencuba menu Krimbrule bersama-sama pelawak Atu Zero, dan menyediakan menu kuih Kapit, Bruitto Makaroni bersama-sama tetamu pelakon drama Isyariana.

Dua episod akhir di Kuala Lumpur mengundang Mimi Ernina dan pelakon Zoey masing-masing mencuba resipi kek dan Taco.   

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Cetak