Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Luahan Hati

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Luahan Hati
Pengarang : Eliza AB
Tahun Terbitan : 2015
No. Panggilan : M Fic ELI 2015
Sinopsis:
Kepulangan Elisya Erman ke kampung menambahkan rasa benci di hati Firdaus Hakimi. Rasa dendam yang sekian lama tersemat di hati bernanah semula. Apa yang telah dilakukan oleh Elisya suatu ketika dahulu tidak mungkin dimaafkan.
 
Elisya akur dengan kebencian Firdaus. Akur dengan permintaan Firdaus, dia pergi membawa diri sehinggalah malang menimpa.
 
Kehadiran Aidid Haikal telah memberi sinar baru dalam hidup Elisya. Rasa terhutang budi terhadap Aidid sukar untuk dibalas. Tatkala Aidid melamar, dia jadi serba salah.
 
Pertemuan semula dengan Firdaus menambahkan lagi kekusutan di fikiran. Pemuda itu datang memohon kemaafan dan menyesali atas apa yang berlaku. Lamaran yang diberi menyukarkan lagi keadaan.
Adakah sinar kebahagiaan akan menjelma dalam hidup Elisya? Antara Firdaus Hakimi dan Aidid, siapa yang menjadi pilihan di hatinya?
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas