Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Rahsia Kita Berdua

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Rahsia Kita Berdua
Pengarang : Ean Azreyn
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic EAN 2017
Sinopsis:
“Kalau Ain masih tak pulang sampai lusa, kau sanggup kahwin dengan aku? And I’m SERIOUS.” – Emirza
 
Soalan tersebut memerangkap Emirza dalam perkahwinan yang tak disangka-sangka. Berkahwin dengan kawan sendiri, Mikael Kashfi. Bagi Emirza, perkahwinan itu hanyalah untuk menyelamatkan keadaan, menggantikan sepupunya yang menghilang dua hari sebelum majlis. Tapi, lain pula buat Mikael.
 
Benar ini bukan kahwin paksa tapi tetap juga Emirza perlukan masa sebab mereka bukan kahwin suka sama suka.
 
“Betulkan aku kalau aku silap. Bila kau minta masa, kau tak terfikir nak suruh aku kembali pada Ain bila Ain muncul balik nanti kan? Kalau kau ada terfikir macam tu...please Emi. Betulkan pemikiran kau. I’m not a baton untuk di-pass macam tu.”- Mikael
 
Emirza mencuba untuk menerima ketentuan. Di saat dia mula sukakan Mikael, rahsia sebenar Ain melarikan diri terbongkar. Rasa bersalah pada Ain menghantui jiwa. Dan bila Ain kembali, Emirza ambil keputusan mengejutkan. “
 
Save her. Boleh tak abang berkorban untuk elakkan Ain daripada terus jadi mangsa orang yang salahkan dia?” – Emirza
“Emi tak faham apa yang abang rasa. Because you didn’t love me enough. And I thought you did. Abang tak sangka semudah ni Emi nak serahkan abang pada orang lain.”- Mikael.
 
Adakah Mikael akan ikut rancangan Emirza untuk mengambil Ain sebagai isterinya? Dan apakah rahsia sebenar Ain melarikan diri sehingga Emirza diburu rasa bersalah?
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas