Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Kerinduan

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Kerinduan
Pengarang : Pena Kayu
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic PEN 2017
Sinopsis:
Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran ‘J' saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan. Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.
 
Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff. Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas