Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Terbaik Bagimu

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Terbaik Bagimu
Pengarang : Dayana Darwisy
Tahun Terbitan : 2015
No. Panggilan : M Fic DAY 2015
Sinopsis:
Rindu Darwin terhadap Wardina makin hari makin membara. Setiap hari dia terbayang dan terkenang wajah adik kenalannya itu. Gadis manis dan ayu yang bernama Wardina itu sering membuatkan tidur malamnya tak lena. Ada sesuatu yang menarik pada gadis itu.
 
Kebahagiaan Wardina yang diragut sekelip mata membawa takdir kepada Darwin untuk menjadi satu-satunya lelaki yang terbaik bagi gadis itu. Ijab dilafaz bersama rasa syukur di hati, kerana gadis yang dia cinta sudah pun bergelar suri hidupnya.
 
Saat cinta mereka berada di puncak, bahtera perkahwinan mereka teruji. Kedatangan Tisya walaupun tidak sampai sembilan puluh jam, sudah menggegarkan suasana. Sudah berjaya membuatkan Wardina gelisah memikirkan hari-hari mendatang. Hubungan Wardina dan Darwin tambah meruncing apabila mummy Tisya datang menuntut satu janji dengan mama Darwin
 
Janji yang dimeterai antara dua wanita tersebut membuatkan Wardina tersepit ditengah-tengah. Antara cintanya terhadap Darwin, dan antara kasih sayang seorang ibu, dia tidak tahu yang mana satu harus didahulukan. Andai hatinya memilih Darwin, pasti Datin Seri Atifah akan tertekan dengan desakan dan asakan kakaknya. Andai dia memilih mengikut tuntutan satu janji itu, bagaimana dengan hatinya yang terlalu mencintai Darwin?
 
Terbaik Bagimu... Di manakah titik kesudahan cinta Wardina? Dan bilakah rindu Darwin bakal berakhir?
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas