Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Cinta Karipap Pusing

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Cinta Karipap Pusing
Pengarang : Sania Yasmin
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic SAN 2018
Sinopsis:
Itulah keputusan Humaira. Berniaga untuk mencari rezeki. Bukan nak kaya. Emak keras membantah. Abah dan Maryam menyokong. Humaira menang! Pelanggan datang dan pergi. Dan ada yang tersangkut dengan si gadis. Tambahan karipap pusing berintikan sardin menambat rasa tekaknya. Walau pilihan ayah, Muiz berkenan juga.
 
Sebenarnya Humaira belum bersedia lagi. Masih muda dan baru bekerja. Tambahan kakak-kakaknya belum berkahwin lagi. Namun, itulah jodohnya dan jodoh itu rahsia Allah. Tidak bercinta dan tidak sampai setahun bekerja, dia sudah menjadi isteri kepada Muiz Haji Muhsin.
 
Tidak disangka, dirinya sudah dibenci sebelum kehadirannya di rumah mentua. Benarlah seperti kata emak, tinggal serumah dengan mentua banyak cabarannya. Cabarannya maha hebat. Mujurlah kesabarannya tinggi dan punyai ibu mentua yang baik. Jadi siapakah yang sering mencabar kesabaran Humaira, kalau bukan ibu mentuanya?
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas