Hebahan Pusat Sumber : Setelah Aku Pilih Dia

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

    
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Judul : Setelah Aku Pilih Dia
Pengarang : Eyla HimeJune Zaidi
Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic EYL 2017

Sinopsis:
Untuk membalas budi. Hanya itu sebabnya kenapa Hadif Adrian memilih untuk bersetuju mengahwini Hana Naziha. Kerana itu, dia tidak mampu untuk bersikap mesra terhadap gadis itu. Apatah lagi bila Hana Naziha juga mempunyai satu kekurangan yang tidak mungkin boleh diterima oleh lelaki lain yang waras seperti dirinya.
Namun, dingin Hadif Adrian itu cuma sekadar di bibir. Sifat acuh tak acuhnya juga cuma sekadar lagak. Hakikatnya, setiap kali Hana Naziha memerlukan bantuan, jejaka itu pasti akan datang menghulurkannya. Malah, hasil dorongan Hadif Adrian jugalah, Hana Naziha berjaya merubah dirinya menjadi seorang yang lebih berani.
Meskipun Hadif Adrian sudah memilih untuk melindungi gadis istimewa itu seumur hidupnya, apa sahaja dia mampu untuk lakukan saat Hana Naziha melafaz kata itu?
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak