Hebahan Pusat Sumber : Biar Betul! Nama Dia Bourgainvillea

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
Judul : Biar Betul! Nama Dia Bourgainvillea
Pengarang : Azimah Lily
Tahun Terbitan : 2017
No. Panggilan : M Fic AZI 2017
Sinopsis:
Nama dia Bougainvillea. Biarpun digelar bunga kertas oleh Raja Awwadi, namun dia langsung tak kisah. Pertemuan pertama tidak seindah mana bila Villa memperlekehkan dia dengan beberapa keping wang RM50. Dia bukan taraf murahan! Dia CEO GB Group yang tersohor. Dia punya duit berjuta!

Bagi Villa, siapa pun Raja Awwadi, dia anggap sama sahaja dengan orang biasa. Dia tak takut atau gentar dengan lelaki itu. Setiap kata lelaki itu hanya menjadi angin lalu bagi Villa. Akhirnya bermulalah amarah Raja Awwadi.

Saat hilangnya Villa dari mata, raja Awwadi gembira. Hidupnya kembali kepada rutin biasa. Begitu juga Villa. Hidupnya kembali berbunga. Sehinggalah satu peristiwa yang mematikan segala keindahan hidup mereka.

Berkahwin!Betul ke dia akan kahwin dengan Villa? Mati segala saraf dia bila itu yang diungkapkan.Dan Villa, boleh pula bersetuju dengan lamaran dia hanya kerana satu perkara. Segalanya huru hara tetapi ia menjadi nyata.Dia mampu menutup segala hinaan orang hanya dengan rahsianya namun dia memilih untuk kekal berahsia. Dia mampu menawan hati lelaki tetapi dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Dan dia adalah Bougainvillea.

“She’s not an ordinary woman,” – Raja Awwadi
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak