Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Sah! Dia Milik Aku

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Sah! Dia Milik Aku
Pengarang : Dilla Ahmad
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic DIL 2018
Sinopsis:
“Saya tak akan biarkan awak berdua bawa isteri saya!” – khairul naim. Kerana kalimah ini, dia terjerat dengan gadis yang tidak dikenali. Niatnya hanya ingin membantu bila merasakan gadis itu memerlukan pertolongan.
Bagi Khairul Naim, mungkin apa yang terjadi akan berakhir di situ saja. Dia tidak mahu memikirkan tentang ‘isterinya’ itu. Tidak perlu ada kisah mereka berdua. Namun, tidak pula pada Tengku Qhaireena. Dia mudah sungguh jatuh hati! Susahnya untuk mendekati lelaki kaku itu. Lelaki yang punya kisah cinta luka. Lelaki sarkastik pada tiap bicaranya. Lelaki itulah yang dah dia tampal dalam hatinya. Dia tak nak lelaki lain selain Abang Naim! Maka bermulalah kisah Qhaireena dan Khairul Naim. Bagi Qhaireena, KN Café adalah rumah keduanya. Di situlah tempat dia menatap wajah kesayangannya. Tetapi bagi Khairul Naim, Qhaireena tidak diendahkan.
Dia bukan setaraf Tengku Qhaireena, pewaris tunggal Tengku Raisudin. Gadis yang punya banyak harta. Dia pula lelaki yang bangun dari kegagalan cinta dan membina resepi kejayaan sendiri. Bermula dari menjadi suami olok-olok, kini dia dilamar untuk menjadi suami yang sah. “Abang Naim… Sudi tak ambil Qhai jadi isteri abang?”- Qhaireena
Hanya jelingan sajalah yang Khairul Naim mampu berikan. Ikut hati, mahu saja diikat-ikatnya cik ayang itu dan sumbat dalam kotak! Takkan dia nak kena jadi suami sebenar pada gadis yang tak sudah memberinya masalah? Atau mungkinkah ini jodoh yang ditentukan oleh NYA? Hai Abang Naim… Sah! Dia milik aku.
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas