Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Perempuan Tepi Jalan

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Perempuan Tepi Jalan
Pengarang : Wardina Aisyah
Tahun Terbitan : 2018
No. Panggilan : M Fic WAR 2018
Sinopsis:
Dia tidak mahu berpaling lagi. Walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan, dia nekad. Dia harus pergi dari dunia itu. Cukuplah selama ini dia menjadi hamba nafsu lelaki bernama Datuk Rizlan. Dia tidak mahu terus hidup bergelumang dosa seorang penzina. Saat kaki berlari pergi, nyawanya hampir melayang. Di sinilah dia dipertemukan dengan seseorang yang telah menyelamatkannya. Membawa dia ke dunia baharu. Dunia yang akhirnya memerangkap seorang Maya Adriana untuk terus duduk di dalamnya.
Maya terperangkap. Kisah silam yang masih memburu membuatkan dia keliru dengan kehendak hati. Dia kotor. Dia hina. Dia sudah lama hilang maruah diri. Layakkah dia untuk menerima lamaran itu? Akhirnya, dia ada jawapannya.
Janji diikat. Namun bukan mudah bagi lelaki seperti Ferdaus mematuhi janji yang dipateri. Hari demi hari, janjinya hanya tinggal janji. Perlahan-lahan dia cuba menawan hati isteri yang beku.
Maya cuba menjauh. Semakin dia mencuba, semakin Ferdaus mendekat. Sehingga akhirnya dia tak mampu mencuba lagi. Kenangan silam yang penuh noda dibuang jauh dari hidupnya. Namun, bukan senang perjalanan menuju bahagia. Datuk Rizlan muncul tanpa diduga. Mengundang badai lalu menggugat keharmonian dan kebahagiaan yang baru dinikmati.
Kini kebenaran tentang siapa dia terbentang di depan mata Ferdaus. Dia terduduk. Dia tidak mampu untuk mengubah siapa dia yang dulu. Mungkin benar, takdir seorang Maya Adriana cuma layak menjadi perempuan tepi jalan sampai ke akhir nafasnya. Maya Adriana. Dia hanya ada Ferdaus. Cintanya pada Ferdaus dan kasihnya hanya pada lelaki itu. Layakkah dia?
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas