Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Daftar Semula Cinta

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Daftar Semula Cinta
Pengarang : Afifah Yusof
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : M Fic AFI 2016
Sinopsis:
Ini kisah tentang Nadhirah. Dia merupakan seorang anak, adik, sahabat dan cikgu di Pusat Disleksia. Rona hidupnya sedikit berubah apabila dia dan lelaki itu bertemu. Takdir memang sudah tertulis yang mereka akan berjumpa lagi dan lagi. Nadhirah berada dalam dilema apabila rakan baiknya meluahkan perasaan.
Syed Adwan bin Syed Salleh. Dalam hidupnya tiada yang lebih penting selain ibunya, Puan Maimun. Walaupun bapanya masih hidup, kehadiran lelaki itu sering mendatangkan pergaduhan di antara mereka kerana rahsia silam.
Nadhirah semakin keliru apabila Syed Adwan memberinya sebuah buku berjudul Aku Nikah Akan Dikau sebagai hadiah. Judulnya sebagai tanda perasaan lelaki itu kepadanya. Kekeliruan terjawab apabila rahsia tentang Siti Hawa terbongkar.
Hidup mana yang tidak ditimpa masalah. Kadangkala yang mahu dielak itulah yang terjadi. Apa yang ditakuti Syed Adwan sudah pun berlaku. Bapanya, Syed Salleh juga menyukai Nadhirah. Apa yang sedang berlaku ini? Situasi yang membuatkan kisah biasa ini menjadi luar biasa.
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas