Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Bunga Terakhir

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Bunga Terakhir
Pengarang : Fatrim Syah
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : M Fic FAT 2016
 
Sinopsis:
Dua kisah.Dua sahabat.Dua rumahtangga.Dua dugaan.

Bazli yang menduda di usia muda dipertemukan dengan cinta keduanya Juwita manakala Adam Lee seorang mualaf berkahwin dengan Dahlia cinta hatinya namun ia bukan mudah bila kebencian keluarga menjadi penghalang.

Namun, kebahagiaan yang mereka cari merupakan satu titik permulaan kepada sebuah dugaan. Di sebalik kisah rumahtangga dua sahabat, ada wanita yang menyimpan hati dalam diam. Kasih yang mencari-cari erti sebuah cinta sebenar muncul dalam hidup Bazli. Manakala Wani, sahabat baik Adam Lee cuba memahami keadaan sahabatnya tapi akhirnya terperangkap dalam satu insiden besar bersama Adam Lee.

Tapi, soal jodoh pertemuan yang diatur Tuhan tiada siapa yang dapat menduga pengakhirannya. Percayalah, Tuhan akan memberikan ujian semampunya yang boleh ditanggung oleh hambanya yang memunculkan bunga kebahagiaan pada akhirnya yang diberi nama Bunga Terakhir.
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas