Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Hebahan Pusat Sumber : Novel Cinta Suci

Dikemaskini pada .

 

Membaca Menyuluh Minda  - Hebahan Buku Baharu

Buku untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:

 
 
Judul : Novel Cinta Suci
Pengarang : Suci Hidayat
Tahun Terbitan : 2016
No. Panggilan : M Fic SUC 2016
 
Sinopsis:
Asyiknya kisah bahagia yang terlakar di dalam novel-novel cinta. Begitulah juga asyiknya cinta Suci Arianna terhadap lelaki pertama yang menakluk hatinya, Dr. Harazz Hidayat. Betapa dia mengharapkan untuk hidup bahagia di sisi lelaki itu sehinggakan dia mengabadikan impian cinta mereka di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’ dan mengharapkan segalanya bakal menjadi kenyataan.
Hakikatnya, kisah cinta dunia nyata tidak seindah kisah cinta dongeng dalam novel tulisannya. Dr. Harazz Hidayat meninggalkan Suci Arianna dalam sekelip mata. Tanpa sebab. Tanpa alasan. Tanpa punca. Tuluskah huluran cinta Zarul Rezza? Lelaki yang selama ini Suci Arianna anggap seperti abang kandungnya sendiri. Atas kehendak Ilahi, lelaki yang selama ini membenci Suci Arianna sepenuh hati akhirnya memegang hak mutlak sebagai seorang suami ke atas diri gadis itu.
Akan tercapaikah impian Suci Arianna dan Dr. Harazz Hidayat untuk bersama seperti yang tertulis di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’? Temui segala jawapannya di dalam NOVEL CINTA SUCI.
 
 
 
 
Bersama-sama kita membaca memperkayakan minda ... siapa cepat, dia dapat !
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak Emel

offcanvas