Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA)

Dikemaskini pada .

 

SOALAN LAZIM

 

1. Apakah peranan RTM kepada Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA)?

RTM menyediakan Belting Khas di bawah Pakej PRISMA di  4 saluran TV dan 34 stesen Radio RTM.

Belting PRISMA TV menyediakan 364 episod, manakala Belting PRISMA Radio adalah slot terbuka.

 

2. Bagaimanakah saya boleh mendapat dana-dana khas untuk menerbitkan program bagi Belting Khas ini?

Dana-dana khas bagi menerbitkan program di bawah Pakej PRISMA disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Eknomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCV), dan Agensi Ekonomi Seni Budaya (CENDANA). Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui portal rasmi www.kkmm.gov.my/awam/prisma

 

3. Apakah jenis program yang bersesuaian untuk Belting Khas di bawah Pakej PRISMA?

Semua karya seni atau penerbitan program samada dalam bentuk skrip radio, program-program berbentuk agama, nyanyian, dokumentari, majalah dan persembahan hiburan (orkestra, koir dan yang satu kategori dengannya).

 

4. Di platform manakah program-progam ini disiarkan?

Program Belting Khas TV akan di siarkan di saluran TV1, TV2, TV OKEY, saluran sukan termasuk media sosial dan aplikasi RTMklik.

Program Belting Khas radio akan disiarkan di 34  stesen radio RTM seluruh negara dan  portal radio RTM.

 

5. Bagaimana cara untuk berhubung berkenaan slot siaran RTM?

Sebarang pertanyaan berhubung Belting Khas ini boleh dikemukakan kepada Urusetia PRISMA RTM di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Cetak Emel

offcanvas