Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Bahagian

Bhg. Pembangunan Fasiliti

Dikemaskini pada .

 

 

Objektif

Membangunkan kemudahan fasiliti dan peralatan Radio dan TV Jabatan supaya setanding dengan perkembangan teknologi semasa.

 

Fungsi

1. Mendapatkan arah tuju dan pelan strategik pembangunan yang diterajui oleh Bahagian Pembangunan Strategik bagi projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.

2. Mengurus pembangunan infrastruktur pemancar dan studio untuk penyiaran TV dan radio jabatan.

3. Mengumpul, merekod dan mendapatkan persetujuan jabatan untuk semua permohonan projek pembangunan dari semua bahagian-bahagian dalam Jabatan.

4. Memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia dan seterusnya memantau perbelanjaan peruntukan bagi projek-projek yang telah diluluskan peruntukannya.

5. Mengurus dan menyelia pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah peruntukan Anggaran Belanjawan Pembangunan mengikut peraturan Kerajaan.

6. Membantu di dalam penyediaan spesifikasi teknikal tender/sebutharga serta penilaian tender jabatan.

7. Melaksanakan tinjauan dan kajian kemungkinan bagi projek pemancar yang dirancang dan mengumpul data-data berkenaan tapak cadangan.

8. Mendapatkan data-data yang berkaitan dengan projek TV dan radio daripada pengguna dan menganalisa keberkesanan bagi penyediaan penilaian outcome projek.

9. Menyelaras keperluan bagi pelaksanaan projek untuk aktiviti sebelum, semasa dan selepas selesai projek.

10. Menyediakan laporan-laporan berkaitan status projek pembangunan, kewangan, sama ada selepas, sebelum atau semasa.

11. Menyelaras semua aktiviti berkaitan projek pembangunan jabatan dengan agensi-agensi lain, kementerian, dan kontraktor.

12. Mengemaskini jadual pelaksanaan projek di dalam modul SPPII

13. Merekabentuk sistem studio TV/Radio/Berita, infrastruktur stesen pemancar dan keperluan akustik studio/auditorium jabatan.

14. Berhubung dengan semua perunding dan pakar-pakar samada tempatan ataupun seberang laut berkaitan dengan perkembangan terbaru di bidang teknik dan cara-cara supaya rekabentuk projek terkemaskini.

15. Merekod, menyimpan dan menyenggara :

a) As built drawing bangunan, studio, stesen pemancar RTM.

b) Peta liputan siaran TV/FM/MW/SW.

16. Mewakili Jabatan di mesyuarat yang diadakan dengan jabatan-jabatan luar seperti Unit Perancang Ekonomi dan Perbendaharaan mengenai segala aspek dan tugasan pembangunan.

17. Mewakili jabatan untuk berunding dengan firma-firma/JKR untuk kerja-kerja arkitek,M&E,C&S,Q&S dan sebagainya

 

 

Cetak Emel

offcanvas