Latar Belakang

RTM ialah sebuah agensi di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab menyebarluaskan maklumat melalui siaran radio, TV dan media baharu. Sebagai stesen penyiaran awam, RTM kini mengendalikan 35 stesen radio, dua stesen TV, TVi melalui ASTRO dan Muzik Aktif melalui jalur lebar. Maka, fungsi utama RTM untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan tidak berorientasikan komersial sepenuhnya.

Visi

Organisasi Penyiaran Terulung dan Bertaraf Dunia yang menjunjung Gagasan 1Malaysia

Misi

Menyebarluas maklumat yang sahih, tepat dan mutakhir