Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - The Road To Russia

Dikemaskini pada .

 

Demam Piala Dunia RTM Dalam Dokumentari “The Road To Russia” di TV1

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2018 – Bahang kehangatan Piala Dunia 2018 semakin dirasai. Bagi kaki-kaki bola pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi pasukan kegemaran mereka merebut kejohanan yang diadakan lima tahun sekali ini. Rusia merupakan tuan rumah untuk Kejohanan Piala Dunia 2018 ini dan bakal membuka tirai bermula 14 Jun 2018.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah pun memulakan demam Piala Dunia dengan menyajikan sebuah dokumetari bertajuk “The Road To Russia” yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 tengah hari di saluran TV1.

Siri dokumentari 20 episod ini memberi tumpuan kepada persediaan pasukan yang bertanding, cabaran kepada jurulatih dan pemain-pemain utama pasukan berkenaan serta persediaan tuan rumah dalam penganjuran acara yang gilang gemilang ini.

Episod pengenalan memfokuskan kepada beberapa buah negara yang sering memberi saingan sengit dalam kejohanan ini. Memaparkan pemain tonggak pasukan Sepanyol (Sergio Ramos), Belgium (Romelo Lukaku), Nigeria (John Obi Mikel) dan Jepun (Takuma Asano). Turut memfokuskan kepada usaha pasukan Brazil dalam menebus kembali maruah setelah merebut gelaran juaran dalam kejohanan sebelum ini.

Seterusnya menyingkap kecemerlangan pemain tengah Jerman, Toni Kroos, satu-satunya pemain Jerman yang pernah memenangi tiga kejuaraan piala Juara -Juara Eropah. Turut memberi tumpuan kepada pasukan Korea Selatan, negara benua Asia yang paling banyak berjaya ke peringkat akhir. Penonton juga dibawa meninjau persiapan yang dilakukan di bandar raya Saransk, ibu negeri Mordovia dan merupakan bandar raya paling kecil terletak di kawasan timur negara Rusia, yang menjadi salah satu tempat pertandingan akhir.

Ikuti imbasan pasukan Algeria dalam kegagalan pasukan ini ke Rusia 2018 setelah beraksi cemerlang pada perlawanan Piala Dunia di Brazil dahulu. Bagi peminat pasukan Manchester United, saksikan paparan mengenai Marcus Rashford yang merupakan pemain termuda dalam sejarah bola sepak England menjaringkan gol di peringkat antarabangsa. Tidak dilupakan pasukan Costa Rica, sebuah negara kecil yang berjaya menempah tiket ke kejohanan Piala Dunia tanpa bintang-bintang ternama.

Bagi penyokong tegar kelab Liverpool, episod seterusnya menyingkap kejayaan Sadio Mane pemain sayap termahal dari benua Afrika yang mewakili pasukan Senegal. Merupakan pemain yang dijangka mampu menyerlah bagi pasukannya di Piala Dunia nanti. Turut dipaparkan tentang pemain-pemain pasukan Poland (Robert Lewandowski), Uruguay (Luis Suarez), Serbia (Branislav Ivanovic) dan Colombia (Radamel Falcao). Saksikan juga paparan sebelas kota raya di Rusia yang terlibat dalam menganjurkan perlawanan peringkat akhir nanti.

Episod diteruskan dengan paparan pemain pertahan Argentina, Nicholas Otamendi. Kejayaan pemain ini adalah hasil kerja kerasnya di kelab yang diwakilinya Manchester City dan tunjuk ajar yang diterima daripada jurulatih Pep Guardiola. Pasukan Morocco turut mencuri tumpuan setelah 22 tahun tidak berjaya ke kejohanan Piala Dunia. Bakal berdepan dengan dua pasukan gergasi benua Eropah, Sepanyol dan Portugal.

Piala Dunia kali ini bakal menggunakan system VAR (video assistant referees). Episod ini akan mengupas dengan lebih lanjut tentang VAR dan sejauh mana keberkesanannya. Turut memaparkan lawatan Pasukan Pemeriksa FIFA bagi memeriksa tahap persiapan dan keselamatan semua stadium pertandingan.

Terus setia bersama dokumentari berdurasi satu jam ini yang bakal berkongsi dengan penonton beberapa lagi pasukan-pasukan negara yang layak ke kejohanan Piala Dunia Rusia 2018 antaranya Denmark, Peru, Switzerland, Perancis, Nigeria, Mesir dan banyak lagi.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

 

- ### -

 

 

Cetak Emel

offcanvas