Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Andai Kucinta Lagi

Dikemaskini pada .

 

Peluang Kedua Dalam Telemovie “Andai Kucinta Lagi” di TV2 Lakonan Remy Ishak dan Uqasha Senrose

   

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2018 – “Pasangan Zaman dan Marissa telah pun berpisah dan membawa haluan masing-masing. Mereka bertemu semula di luar negara dan menyedari kesilapan masa lalu mereka selama di sana. Setelah kembali ke tanah air, mereka mula keliru dan mengenang antara satu sama lain walaupun masing-masing sudah bertunang. Mereka berpisah dengan tunang masing-masing dan merebut peluang kedua yang ada untuk mereka bersatu semula”.

Tidak semua orang diberikan kesempatan menikmati peluang kali kedua. Apatahlagi bila ianya melibatkan hati dan perasaan. Kesempatan yang ada seharusnya digunakan sebaiknya dalam melayari kehidupan seharian yang bersandarkan kepada takdir Allah.   

Mengangkat kisah cinta yang muncul kembali kepada pasangan suami isteri yang telah pun berpisah setelah mereka bertemu semula, plot menarik ini melatari telemovie bertajuk “Andai Kucinta Lagi” mengisi slot Citra di TV2 pada 6 Julai ini, pukul 9.30 malam.

Dibintangi pelakon terkenal Remy Ishak, Uqasha Senrose, Gambit Saifullah, Sasqia Dahuri dan Ahmad Fauzi, telemovie ini berlegar sekitar kisah bekas pasangan suami isteri, Zaman dan Marissa yang telah lama berpisah bertemu semula tanpa sengaja di Casablanca, Maghribi atas urusan kerja.

Pertemuan singkat itu telah menyedarkan mereka tentang kesilapan masa lalu sehingga menyebabkan mereka bercerai. Mereka berdua telah pun bertunang dengan pasangan masing-masing dan keluarga Marissa sebenarnya sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan Marissa dengan tunangnya, Zul.

Zaman pula sudah bertunang dengan Melena yang begitu mempercayai Zaman kerana kejujurannya.

Marissa yang merasa keliru dengan apa yang dilaluinya telah mengundang kemarahan Zul yang merasakan dirinya sebagai bayang-bayang Zaman. Zaman yang asyik mengelamun selepas kembali dari Casablanca telah berterus-terang dengan Melena bahawa dia tidak mahu Melena berkahwin dengan jasadnya sahaja.

Dato’ Halim, ayah Marissa pula menemui Zaman dan memberitahunya bahawa Marissa tidak jadi berkahwin dengan Zul bukannya sebab Zul cemburu tetapi kerana Marissa masih cintakan Zaman.

Adakah Zaman dan Marissa bersetuju untuk memberi peluang yang kedua kepada satu sama lain tanpa mengulangi lagi kesilapan yang silam? Ikuti kesudahan drama arahan Feroz Abdul Kader ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas