Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - My Horrible Boss

Dikemaskini pada .

 

 

Kisah Bos Yang Emosi Dalam Siri Korea, “My Horrible Boss” di TV2

   

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2018 – Pelbagai jenis karektor seorang ketua yang ada dalam dunia ini. Menjawat jawatan sebagai seorang ketua sinonim dilabel dengan gelaran bos yang hanya pandai mengarah, bos yang ‘kejap ada, kejap tiada’, bos yang emosi, bos yang ‘sempurna’ dan ego.

Justeru anda sebagai pekerja bagaimana anda cuba untuk menanganinya? Adakah cukup dengan menurut sahaja atau pun berani bersuara menegakkan kebenaran? Realiti alam pekerjaan ini cuba ditonjolkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sebuah drama bersiri Korea bertajuk “My Horrible Boss” yang sedang bersiaran mulai 12 Jun yang lalu, setiap Isnin hingga Selasa, pukul 8.30 malam di TV2.

Berpewatakan emosional dengan latar kehidupan peribadi yang penuh duka kerana mengalami tiga kali penceraian, Ok Da-jung (dibawakan wataknya oleh Lee Yo Won) dilantik menjadi pengarah termuda dalam syarikat kosmetik terkenal Korea, Golden Chemical. Da-Jung menjadi kebanggaan syarikat meskipun kalangan pekerja bawahannya kurang menyenangi sikapnya yang panas baran.

Sementara itu, pemuda pendiam bernama Nam Jung-ki (Yoon Sang Hyun) yang juga bekerja di Golden Chemical, dikenali dengan sikapnya yang menyenangkan dalam melakukan berbagai tugas syarikat, termasuk meningkat presentasi syarikat dengan sempurna. Ketenangan itu ternyata membuahkan kejayaan, salah satunya apabila syarikat mereka berjaya melancarkan produk serum herbal terbaru.

Demi memastikan projek tersebut berhasil, Jung-ki diminta bekerjasama dengan ketua baru yang tidak diketahui watak dan cara kerjanya. Ketika dalam perjalanan menuju ke pejabat untuk menemui bos barunya itu, Jung-ki mengalami sesuatu tak terduga sehingga membuatnya datang lambat.

Apa yang terjadi kemudiannya, Jung-ki terkejut apabila mengetahui siapakah gerangan bos barunya itu. Bos yang dimaksudkan adalah Da-jung. Sedangkan bagi Da-jung, kelewatan itulah yang membuatnya membenci Jung-ki.

Bermula dari pertemuan awal yang buruk, seterusnya Da-Jung enggan bekerjasama dengan Jung-Ki kerana beranggapan bukanlah rakan yang sepadan dengannya untuk merealisasikan tugasan tersebut. Tak berhenti di situ sahaja, situasi semakin rumit setelah Jung-ki menyedari Da-jung merupakan jiran sebelah rumahnya.

Kenyataan itu membuatkan kehidupan Jung-Ki semakin tertekan, baik di pejabat mahu pun di rumah. Tambahan pula Jung-Ki terpaksa menyara adik kandungnya, Nam Bong-gi (Chansung) yang menganggur dan selalu menyusahkannya. Bong-gi sebenarnya cukup bijak kerana mampu belajar dari pengalaman.

Sayangnya, dia tidak mampu bertahan dalam sesebuah perusahaan lebih dari tiga bulan. Ini disebabkan keangkuhan Bong-gi; tabiat yang berlawanan dengan abangnya.

Lalu bagaimana Jung-ki harus mengurai masalah yang menghantuinya? Akankah dia bahagia? Saksikannya menerusi 24 episod ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas