Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - X-Sikap

Dikemaskini pada .

 

Santai Kempen Keselamatan Jalan Raya Dalam “X-Sikap” di TV1   

   

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2018 – Kesalahan di atas jalan raya seperti mengantuk dan letih ketika memandu, memandu sambil menggunakan telefon juga memandu dengan laju seringkali berlaku dalam kehidupan kita samaada kita sedar atau tidak. Begitu juga dengan kesalahan yang lebih berat seperti memandu secara melulu dan sikap tidak sabar, terlibat dalam lumba haram, memandu di bawah pengaruh alkohol, juga tabiat melanggar lampu merah juga adakalanya diambil mudah.

Inikah sikap yang ingin diwariskan kepada generasi akan datang? Bukankah membahayakan pemandu lain seandainya kesalahan tersebut terus dilakukan? Bahkan ianya membahayakan nyawa insan yang tidak berdosa.

Bertindak untuk menyuntik kesedaran orang ramai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program majalah terbaharu bertemakan keselamatan jalan raya bertajuk “X-Sikap” mulai 29 Jun ini, setiap Jumaat, pukul 9.30 malam di TV1.

Menampilkan Hos Qazem Nor, program 13 episod ini mengupas tentang sikap berkaitan dengan keselamatan jalan raya dipaparkan melalui sesi temu ramah serta tips dan nasihat yang berguna sebagai panduan.

Memulakan episod dengan isu ‘lumba haram’ yang menemu ramah Mohd Aswat Abdullah, bekas ‘kaki rempit’. Beliau berkongsi sejarah pembabitannya dalam aktiviti lumba haram sejak beliau berusia 20 tahun. Kemalangan yang dialami telah menyedarkannya bahawa semuanya sudah terlambat kerana kaki beliau mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan ketika berlumba haram. Sesi temu ramah diadakan bersama DSP Goh Lee Shen dari IPD Shah Alam yang mengulas tentang lumba haram yang merupakan satu bentuk gejala sosial yang perlu diatasi.

Episod seterusnya membincangkan isu ‘mengantuk dan letih ketika memandu’ dengan menemui bual Abdul Halim Mohd Zaki dan isterinya sudi untuk berkongsi pengalaman mereka yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak beberapa tahun lepas. Beliau bersikap degil untuk terus memandu walaupun isteri telah mencadangkannya untuk menangguhkan perjalanan mereka. En. Abdul Halim mengalami patah kaki dan tulang rusuk serta koma beberapa hari.

Qazem Nor berbincang dengan mangsa tentang sikap pemandu tentang isu ‘penyelenggaraan kenderaan’ yang boleh mendatangkan kesan yang buruk sekiranya kita mengambil mudah aspek tersebut. Antara mangsa kes ini ialah Mohd Aswat Abdullah yang lalai dan mengambil mudah berkaitan isu brek keretanya walaupun sudah diingatkan oleh isterinya. Beliau mengalami kemalangan apabila brek keretanya tidak berfungsi dengan sempurna dan terperosok di bawah sebuah lori di Cameron Highland. Beliau mengalami kecederaan yang serius di mana tempurung kepalanya retak, menjadi trauma selama 5 tahun sehingga tidak memandu kenderaan sehingga saat ini.

Kes memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan isu yang dibincangkan dalam episod berikutnya. Puan Yana Tioh berkongsi pengalaman tentang kemalangan yang menimpa suaminya di mana kereta yang dipandu melanggar pengadang jalan. Beliau berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku dan menyebabkannya koma selama setahun. Puan Yana terpaksa menjual rumah bagi menampung kos perubatan selama suaminya dirawat di hospital.

Ada juga kes tentang sikap pemandu ‘memandu dengan laju’ yang boleh mendatangkan kesan yang buruk sekiranya kita mengambil mudah aspek tersebut. Antara mangsa kes ini ialah Mohammad Zamzum yang terlibat dengan kemalangan akibat sikapnya menunggang motosikal dengan laju dan tidak sabar sehingga terlanggar sebuah topi keledar yang terjatuh di atas jalan raya. Isterinya terpaksa berkorban menjaganya di hospital akibat patah tangan dan sehingga sekarang pergerakan tangannya terhad akibat bentuk tangan yang bengkok dan melengkung.

Lain-lain isu yang dibincangkan seperti keburukan dan kes memandu sambil menggunakan telefon, isu tekanan perasaan yang boleh mendatangkan kesan buruk sekiranya kita mengambil mudah aspek tersebut, tentang sikap pemandu yang suka mengekori kereta dengan jarak yang rapat, memandu secara melulu & sikap tidak sabra, tabiat melanggar lampu merah, sikap pemandu wanita tentang isu bersolek ketika memandu, membawa lebih muatan dan banyak lagi.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas