Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Siaran Media

SIARAN MEDIA - Travelog Bikers

Dikemaskini pada .

 

Pengembaraan Bermotorsikal Dalam “Travelog Bikers” Di TV Okey (Astro 109)

 

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2018 – Menunggang motosikal berkuasa tinggi dan mengembara mengelilingi negara bukanlah satu tugasan yang mudah. Pelbagai cabaran ditempuhi mereka termasuklah keadaan cuaca yang tidak menentu, ada kalanya panas melampau, pada lain ketika sejuk mencengkam, semua itu menguji kesabaran. Semuanya dilakukan untuk dikongsikan dengan penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Aktiviti yang dilakukan termasuklah meninjau tempat-tempat menarik dan terkenal di sesebuah negeri yang dilawati, mengetahui sejarahnya, aspek sosio-budaya setempat dan sebarang aktiviti yang menarik yang dijalankan oleh penduduk tempatan. 

Ah Fad yang dipilih menjadi hos program “Travelog Bikers” yang mula bersiaran sejak 23 Jun lalu, setiap Sabtu, pukul 2.30 petang menerusi saluran TV Okey (Astro 109) berkongsi momen-momen mengujakan dengan penonton pengalaman yang dilalui sepanjang perjalanannya.

Sepanjang 13 episod misi perjalanannya, AhFad menunggang motosikalnya ke Jugra dan Shah Alam di Selangor. Beliau menaiki ke puncak Bukit Jugra dengan motosikal dan menikmati suasana yang nyaman, tenang serta segar di tapak itu. Dia juga telah menyaksikan dan menyertai aktiviti menunggang motosikal kecil yang digelar ‘Drift Trike’ yang dijalankan di bukit ini. Selain dari itu, Ahfad telah mengunjungi Bukit Tadong dan memperkenalkan Tadom Hill Resorts, satu destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman luar rumah yang menarik. Beliau telah menyudahi pengembaraannya dengan melawat seorang rakan yang mengumpul dan menjual motosikal jenis Vespa di Shah Alam.

Ahfad kemudiannya singgah di Bukit Fraser di Pahang dan dua bandar di Perak iaitu Tanjung Malim dan Gopeng. Sebelum tiba di Bukit Fraser, beliau berhenti untuk menghayati pemandangan cantik di Empangan Sungai Selangor. Di Bukit Fraser melawat Santuari Ikan Kelah, Sungai Chiling dan mengunjungi Gua Tempurung di Gopeng dan berasa terpegun dengan rupa bentuk dan keindahan gua ini.

Seterusnya beliau ke White Water Rafting di Sungai Kampar, Perak. Beliau berhenti untuk menikmati Nasi Vanggey satu hidangan yang istimewa di Ipoh diikuti dengan pertemuan dengan ahliahli Kelab Motosikal Klasik British Perak. Beliau juga bertemu dengan seorang tukang besi iaitu Pak Mazin yang mempunyai kemahiran dan kepakaran terunggul dalam seni pembuatan keris-keris tradisional. Ahfad meneruskan perjalanannya melawat Stesen Kereta Api Taiping iaitu stesen keretapi yang pertama di Malaysia.

Aktiviti di negeri Pulau Pinang pula melawat Lebuh Armenian yang terkenal dengan ‘Street Art’, Muzium Perang Batu Maung, dan Pantai Batu Ferringhi di mana beliau telah menaiki kuda di persisiran pantai dan menyaksikan Pasar Malam. Ahfad juga telah menikmati beberapa hidangan yang merupakan masakan tempatan yang diminati ramai seperti Teochew Cendol dan Nasi Kandar.

Berikutnya Ahfad, menunggang motosikal ke negeri Kedah dan Perlis bagi meninjau tempat-tempat menarik dan terkenal di negeri-negeri ini. Perjalanannya di Kedah membawanya ke Muzium Arkeoloji, Lembah Bujang, peninggalan sejarah di kawasan Sungai Batu, Gunung Jerai yang indah, segar dan sejuk serta Pulau Bunting di mana aktiviti memancing menjadi aktiviti kegemaran penduduk setempat. Di Perlis, Ahfad berhenti untuk menghayati Tasik Timah Tasoh yang mempunyai empangan yang paling besar di Perlis. Kemudian beliau menyertai aktiviti tahan lasak iaitu menunggang motosikal beroda kecil di kawasan bukit iaitu di Maneq Hill ATV. Akhir sekali mengunjungi Wang Kelian dan memasuki negara Thailand menikmati hidangan makan halal.

Kunjungan di Lenggong, Perak membawa beliau ke Tasik Raban dan berkongsi dengan penonton maklumat mengenai asal-usul Tasik Raban dan Empangan Hidroelektrik Cenderoh. Selepas itu, Ahfad telah bertolak ke Hutan Royal Belum menaiki motorbot untuk sampai ke perkampungan Orang Asli yang terletak di persisiran Tasik Temenggor.

Ikuti juga perkongsian menarik AhFad meneruskan pengembaraannya menunggang motosikal ke Kelantan melakukan Ekspedisi Gua di Dabong iaitu Gua Pagar dan Gua Keris, menaikki motosikal ATV untuk melalui Gua Ikan, bermandi manda di Air Terjun Jelawang dan menyertai ‘tubing’ sejenis sukan air. Menariknya, Ahfad berkongsi dengan penonton maklumat mengenai dua bangunan bersejarah iaitu Bank Pitis (bangunan bank lama) dan Bank Kerapu iaitu bank pertama di Kelantan yang kini telah dipulihara sebagai Memorial Perang.

Lawatan seterusnya ke Chinatown, Kuala Terengganu dan diikuti dengan Muzium Negeri Terengganu. Ahfad berhenti untuk menghayati kecantikan Batik Terengganu khususnya batik tulisan tangan yang terpanjang di dunia. Kemudian dia telah mengunjungi Dapo Pata dan Paso Pata, dua tempat yang unik di mana kedai makanan dan kedai yang menjual pelbagai produk tempatan diadakan dalam kontainer di persisiran pantai. Beliau menyambung perjalanan bermotosikal ke Cherating Pahang Darul Makmur.

Episod di Pahang membawa kepada tempat-tempat dan aktiviti yang unik iaitu Time Capsule Retreat dan telah menaikki Jambatan Gantung yang berusia lebih dari 100 tahun di kawasan itu. Ia diteruskan dengan kunjungannya di Melaka melawat tapak-tapak bersejarah di bandar Melaka seperti Bangunan Stadthuys, kubu A Fomosa, Muzium Samudera, Masjid Kampung Keling dan sebuah kedai antik di Jonker Street yang juga berfungsi sebagai kafe.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

 

Cetak Emel

offcanvas