Keratan Akhbar

Bernama: Walaupun Pendiam, Tun Razak Punya Cara Tersendiri Tunjuk Kasih Sayang - Najib

Dikemaskini pada .

 

 

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun ayahandanya, Tun Abdul Razak seorang pendiam sifatnya namun Allahyarham mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

"Teringat kembali, Allahyarham Ayahanda dulu seorang yang pendiam, tetapi beliau tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dengan cara beliau tersendiri. Al-Fatihah," katanya dalam catatan terbaru dalam laman Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri telah mengimbau kembali ingatannya terhadap ayahandanya apabila membuat catatan itu ketika ditemu bual oleh stesen penyiaran RTM untuk rancangan memperingati 40 tahun pemergian ayahandanya.

Allahyarham Tun Abdul Razak, yang digelar Bapa Pembangunan Malaysia, dilahirkan pada 11 Mac 1922, dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua pada 22 Sept 1970.

Beliau meninggal dunia kerana penyakit leukemia di London pada 14 Jan 1976.

-- BERNAMA

Cetak