Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Keratan Akhbar

Utusan: RTM susun semula jadual siaran selaras pelaksanaan televisyen digital

Dikemaskini pada .

 

 

 

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Semua jadual siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan disusun semula apabila ia beralih ke sistem digital sepenuhnya kelak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, jadual siaran baharu itu membabitkan saluran TV1, TV2 dan TVi (Astro 180).

"RTM sedang menyediakan penjadualan baharu untuk siaran melalui perkhidmatan TV digital," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini, Salleh berkata, RTM bercadang mewujudkan saluran berita TV sepenuhnya apabila proses peralihan sistem dari analog ke digital siap sepenuhnya.

Menerusi pelaksanaan sistem baharu itu, pengguna dapat menikmati siaran digital sepenuhnya menerusi set top box (STB).- BERNAMA

Cetak Emel

offcanvas