Keratan Akhbar

Utusan: Najib terkenang kasih sayang bapa

Dikemaskini pada .

 

 

 

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein seorang yang pendiam dan mempunyai cara yang tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri dalam akaun Facebook beliau apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut membuat wawancara dengannya sempena memperingati 40 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Teringat kembali, Allahyarham ayahanda dahulu seorang yang pendiam, tetapi beliau tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dengan caranya tersendiri. Al-Fatihah,” ujarnya.

Status yang dimuat naik itu mendapat sebanyak 2,973 Likes dalam tempoh sejam sehingga pukul 10 malam dan dikongsi lebih 113 pengguna laman sosial tersebut.

Cetak