Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Keratan Akhbar

Utusan: Santai 
dan humor

Dikemaskini pada .

Pendekatan yang digunakan 
dalam menyampaikan dakwah

Jika dahulu, bergelar pendakwah bebas tugas yang kurang popular dalam kalangan masyarakat. Berbeza hari ini, apabila dilihat semakin menarik minat ramai termasuk golongan muda lebih-lebih lagi dengan kemunculan program-program realiti televisyen bagi mencungkil pendakwah-pendakwah baharu.

Kemunculan pendakwah-pendakwah bebas popular ini turut mengumpul golongan peminatnya tersendiri.

Tidak hanya bersandarkan pada ilmu agama yang tinggi dan penampilan menarik, karakter pendakwah bebas yang versatil, bijak berjenaka serta mampu memikat pendengar mahupun penonton di depan televisyen ketika mengupas isu-isu agama, menjadi faktor mengapa pendakwah bebas kini menjadi popular.

Antara pendakwah terkenal, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, 37, yang wajahnya bukan sahaja kerap muncul dalam rancangan dan ceramah agama di kaca televisyen, malah turut dipilih menjadi juri rancangan-rancangan pencarian pendakwah muda masa kini.

Jadi, usah terkejut jika ‘pengikut’ di laman sosial instagram miliknya melebihi 19,000 orang.

Lazimnya, mereka yang pernah mengikuti ceramah beliau pasti mengatakan suara dan wajahnya mirip pendakwah bebas dan pakar perubatan Islam, Datuk Ustaz Ismail Kamus, namun apa yang pasti mereka tiada pertalian saudara.

Malah, keunikan namanya juga sering menjadi bahan jenaka ketika berceramah kerana ramai menyangka beliau berasal dari Indonesia, selain dikaitkan dengan pelakon tempatan, Heryanto Hassan. Sekali lagi beliau menafikan.

Berkesempatan menemui Ustaz Harryanto Rizal atau lebih dikenali dengan Ustaz Harry, di kediamannya yang terletak di Rumah Awam Ladang Baru, Sungai Buloh, Selangor, seperti jangkaan saya, perbualan kami sepanjang dua jam dipenuhi dengan gelak ketawa apabila beliau tidak henti-henti berseloroh tentang sejarah kehidupannya.

Seperti ketika bersiaran di televisyen, karakter Ustaz Harry di luar tidak banyak berbeza, namun dalam humor terselit cerita-cerita menarik tentang beliau yang mula bergelar pendakwah bebas ketika berusia 23 tahun lagi.

Menyingkap cerita bagaimana beliau bermula, jelasnya, sejak sekolah hingga ke universiti beliau sangat aktif dalam persatuan dan sukan, namun tidak pernah menyangka akan bergelar pendakwah bebas seperti hari ini.

Ujar lulusan jurusan Syariah dan Pengajian Islam dari Universiti Mu’tah, Jordan itu, sebaik menamatkan pengajian ketika berusia 22 tahun, beliau terus melibatkan diri dalam dunia dakwah bebas.

“Walaupun ibu dan bapa tidak mempunyai latar belakang agama yang tinggi, mereka amat menitikberatkan soal agama dan menghantar kesemua anak mengaji al-Quran. Saya pula menyambung pelajaran dalam jurusan agama kerana saya mudah menerima subjek yang berkaitan dengan agama.

“Kebetulan pula ketika di sekolah dan di universiti saya sangat suka menjadi juruacara, mungkin disebabkan itu jiwa saya sangat dekat dengan kerjaya sebagai pendakwah bebas. Pernah saya menjadi guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sebuah sekolah di Segambut, namun hanya bertahan enam tahun sahaja dan saya kembali terlibat dalam bidang ini,” katanya.

Nama Ustaz Harry mula dikenali sekitar tahun 2010 apabila buat pertama kali beliau muncul di sebuah rancangan televisyen yang mengupas tentang jemaah haji di Astro.

Selepas itu beliau dijemput pula menyampaikan ceramah di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) sehinggalah sekarang apabila sering muncul di TV9, TV Alhijrah dan RTM sebagai panel jemputan dalam pelbagai program agama.

Keluarga dan kerjaya

Melayari alam perkahwinan sejak 14 tahun bersama isterinya, Nadya Nahar, 37, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Nur Fatehah Solehah, 13, Muhammad El-Fateh Hakimi, 10, Nur Faqehah Thurayya, 6, dan Nur Faeqah Abyana, 3.

Pun begitu, akui Ustaz Harry, beliau jarang mempunyai masa terluang bersama keluarga kecilnya itu kerana kesibukan tugas sebagai pendakwah bebas, selain mempunyai agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah di bawah kendalian syarikat Ustaz Harry Umrah Services Sdn. Bhd.

Minatnya yang sangat mendalam untuk membimbing masyarakat membawa beliau kepada penubuhan agensi pelancongan tersebut yang menawarkan pakej umrah yang praktikal.

“Sebelum ini saya memang ada terlibat dengan Tabung Haji untuk mengendalikan jemaah yang akan menunaikan haji dan umrah, jadi saya memang mempunyai pengalaman dalam bidang itu.

“Memang kebanyakan masa dihabiskan bersama masyarakat berbanding dengan keluarga. Sebab itu saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat memahami, malah latar belakang keluarga saya dan isteri yang bergelar pendidik memudahkan saya mendapat sokongan mereka,” katanya yang kini tinggal bersama mertua, Aziah Md. Ali, 65, yang dahulunya merupakan ustazah beliau ketika di zaman sekolah.

Cabaran pendakwah masa kini

Sebagai individu yang telah lama dalam dunia dakwah, Ustaz Harry berkata, bergelar pendakwah bebas pada masa kini tidak mudah kerana cabaran yang terpaksa dilalui tidak sama seperti satu masa dahulu, malah memberi ceramah pada waktu dahulu lebih mudah berbanding sekarang.

Ditanya antara kenangan yang paling tidak boleh dilupakan sepanjang menjadi pendakwah bebas, anak kedua daripada enam beradik itu mengakui, pernah satu ketika hanya tiga orang hadir dalam ceramahnya, namun beliau tetap meneruskan tugasnya.

“Ketika itu saya masih muda dan tidak dikenali ramai dan sering digelar ustaz kampung. Jadi, ketika hanya tiga orang jemaah sahaja yang hadir, saya tidak kecil hati kerana pada saya ilmu harus disampaikan walaupun kepada seorang sekali pun, malah ada yang lebih dahsyat, ceramah saya terpaksa dibatalkan kerana tiada orang datang,” ujarnya berseloroh.

Bercakap soal cabaran masa kini pula, jelas Ustaz Harry, cabaran yang perlu ditempuh lebih besar dan mencabar kerana kemunculan pelbagai alat elektronik dan gajet moden memberi satu ruang baharu dalam menyampaikan dakwah.

Pun begitu, jika tersilap langkah, buruk padahnya.

“Dulu saya hanya ada empat pasang baju untuk ceramah dan tidak pernah ada orang bertanya tentang itu, tetapi sekarang jika pakai baju yang sama berulang kali, pasti ada jemaah yang perasaan.

“Itu belum lagi soal tersalah cakap, tersasul perkataan dan kadang-kadang saya ketawa besar atau memakai songkok atau kopiah pun mereka jadikan isu.

“Begitulah sukar bergelar pendakwah bebas pada zaman ini. Cabaran tidak sama dan setiap pendakwah perlu bijak mengendalikan semua isu yang diketengahkan kerana keadaan masyarakat masa kini tidak sama seperti dahulu,” ujarnya yang sangat mengagumi tokoh-tokoh agama terdahulu.

Justeru itu, pada pandangan beliau, penceramah bebas pada masa kini perlu bijak menonjolkan diri dengan membawa karakter-karakter yang boleh dicontohi, serta mempunyai aura tersendiri dalam penyampaian ilmu dan dakwah.

Menjadikan bekas mufti negeri Selangor, Datuk Ishak Baharom sebagai idola, beliau tidak menafikan selain ilmu pengetahuan agama yang tinggi, aura penyampaian membolehkan ceramah yang disampaikan mendapat tempat di hati pendengar.

“Masyarakat hari ini tidak gemar sesuatu ilmu yang disampaikan terlalu serius kerana mudah berasa bosan, jadi saya memilih pendekatan humor dan santai dalam menyampaikan ceramah saya kerana apa yang penting ilmu dapat disalurkan kepada masyarakat.

“Malah, program-program agama yang berkonsepkan hiburan seisi keluarga juga merupakan salah satu pendekatan dakwah dalam menyampaikan ilmu agama dengan cara tersendiri,” katanya.

Ditanya tentang tanggapan masyarakat kerjaya sebagai pendakwah bebas seperti ‘menjual agama’ apabila ada harga dan kos yang ditetapkan, beliau menolak tanggapan tersebut.

Jelasnya, pendakwah bebas juga seperti profesion guru yang lain yang perlu diberi gaji, namun ‘gaji’ yang dimaksudkan bukan seperti yang diperoleh golongan berkenaan.

Malah, beliau memberitahu tiada istilah menetapkan bayaran kepada mana-mana individu yang ingin menjemputnya untuk berceramah.

“Saya tidak pernah menetapkan sebarang bayaran, namun jika lokasi ceramah itu luar dari Kuala Lumpur dan Selangor, kita hanya bertanya tentang kos perjalanan dan tempat tinggal kerana itu melibatkan logistik,” katanya tugas menyampaikan dakwah adalah sangat berat dan besar amanah yang perlu dipikul.

- Rujukan: http://www.utusan.com.my

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/santai-8232-dan-humor-1.189513#sthash.XKQOoAGy.dpuf

Cetak Emel

offcanvas