Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Keratan Akhbar

Utusan: ICAO keluarkan kenyataan interim MH370 hari ini

Dikemaskini pada .

 

PUTRAJAYA 7 Mac – Kenya­taan inte­rim berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan dikeluarkan esok oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kenya­taan interim itu akan dibacakan oleh Ketua Penyiasat ICAO, Datuk Kok Soo Chon menerusi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 3 petang esok.

“Kenyataan itu juga akan dimuat naik menerusi laman sesawang www.mh370.gov.my. Butiran kenya­taan itu akan dimaklumkan terdahulu kepada waris dan kemudian kepada umum.

“Kenyataan itu mewakili 19 wakil pasukan penyiasat berkaitan udara yang terdiri daripada Australia, China, Perancis, Indonesia, Singapura, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) termasuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tiong Lai seterusnya memberitahu, sempena memperingati insiden MH370 yang memasuki tahun ke­dua esok, persidangan Dewan Rak­yat akan dihentikan seketika dengan Yang Dipertua Dewan Rak­yat dijangka membaca ucapan khas.

Tiong Lai berkata, sehingga hari ini Malaysia masih terlibat dalam operasi pencarian MH370.

Katanya, operasi tersebut telah melalui analisis satelit dan radar yang dianggotai oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Pertubuhan Teknologi dan Sains (DTSO) Australia, Lembaga Kese­lamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat (NTSB), AS Boeing, Thales UK, Cawangan Badan Penyiasat Kemalangan UK, Inmarsat UK dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

-Rujukan: http://www.utusan.com.my

Cetak Emel

offcanvas