Mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama menerusi jari­ngan Farid Januddin, Mohammad Rozaidi Zulkifli sebelum jaringan Aizzul A. Majid dan Hendra Maldi Mohd. Nordin mengukuhkan kedudukan Utusan FC pada babak kedua tetapi membenarkan Awani FC menjaringkan gol tunggal mereka menerusi Mohd. Israr Khalid.

Untuk dinobatkan sebagai juara kejohanan sulung liga media ini, Utusan FC harus melakar kemenangan dalam semua perlawanan di pusingan kedua ini.

Sementara itu RTM FC terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu dengan mengumpulkan 17 mata selepas menewaskan MPPA 2-1 sekali gus turut mengekalkan rekod tanpa kalah.

Selepas tujuh perlawanan berlangsung Utusan FC kini mengumpulkan 14 mata untuk menghuni anak tangga kedua carta liga dan seterusnya bakal bertemu Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) pada Ahad ini.

Sebanyak enam pasukan media menyahut cabaran dalam kejohanan anjuran Kelab Editorial Utusan Malaysia dengan tajaan Almas ini