Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Keratan Akhbar

Utusan : Agensi di Bawah KKMM Perlu Proaktif Hadapi PRU ke-14

Dikemaskini pada .

KUALA TERENGGANU, 4 Mac - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyeru agensi di bawahnya agar lebih proaktif dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari berkata Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) haruslah pantas dalam menjawab segala tohmahan tidak berasas dan isu negatif pihak pembangkang.

"Kesemua agensi ini merupakan kunci kepada kestabilan politik dan keharmonian negara kita. Serangan bertubi-tubi pembangkang tidak harus dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah sempena pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peringkat Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu itu menyeru UMNO Terengganu supaya segera mengubah cara kerja agar sentiasa terkini dan bersesuaian dengan kemahuan rakyat hari ini.

“Jika kita tidak seiring dengan peredaran zaman, kita akan jauh ketinggalan dan kita tidak mahu ia berlaku.

“Lupakan persengketaan antara kita dan kukuhkan perpaduan. Jangan terlalu memikirkan siapa yang akan menjadi calon untuk PRU14 kelak kerana mulai sekarang kita semua perlu bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Sementara itu, Jailani berkata pertandingan PDM ini diadakan bertujuan untuk menghidup dan menggerakkan aktiviti PDM ke arah menghadapi PRU14 serta mengumpul data dan maklumat terkini pilihan raya di samping menilai keberkesanan, kecekapan serta semangat jentera pilihan raya di peringkat PDM.

PDM terbaik dimenangi oleh PDM Pulau Bahagia, Manir dan membawa pulang RM4,000 sebagai hadiah utama, tempat kedua ialah PDM Tok Randok dan ketiga PDM Nibong.- BERNAMA

 

 

sumber : http://www.utusan.com.my

Cetak Emel

offcanvas