Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Keratan Akhbar

Utusan : Muaz Kool FM Ditegur Pihak Pengurusan

Dikemaskini pada .

KUALA LUMPUR 13 Mac - Genap sebulan berkhidmat di stesen Kool FM, Muaz Mohamed, 32, akui dia pernah ditegur oleh syarikat pengurusan baharunya kerana terbawa-bawa gaya penyampaian ketika bertugas di RTM.

Berkata kepada UTUSAN ONLINE, Muaz bagaimanapun berjaya mengikis imej RTM yang telah sebati dengannya setelah sembilan tahun bernaung di bawah stesen kerajaan itu atas bantuan rakan sekerja.

“Saya bersyukur kerana digandingkan dengan Liza dalam segmen Petang Kool. Dia banyak membantu saya untuk mengikut rentak Kool FM seperti yang dikehendaki pihak pengurusan.

“Bukan itu sahaja, saya bernasib baik kerana ketika bertugas di RTM, imej saya amat berbeza berbanding personaliti lain yang berkhidmat sebumbung.

“Itulah yang menjadi faktor utama pihak Kool FM menawarkan saya peluang bekerja dengan mereka. Jadi saya tidak perlu terikut-ikut cara orang lain, hanya menjadi diri sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada masa yang sama, mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan Muaz bersikap materialistik terhadap tawaran tersebut yang diterimanya pada penghujung tahun lalu, bekas penyampai Nasional FM itu optimis.

Katanya, setiap orang mahukan kehidupan yang lebih baik dan jika ada peluang terbaik untuk melakukan perubahan, tiada sebab untuk dia menolak pelawaan Kool FM.

“Sejujurnya selain ditawarkan pendapatan yang lebih, saya lakukan keputusan ini atas dasar minat terhadap dunia penyiaran radio.

“Kalau kita sudah terlalu lama bernaung di bawah satu syarikat dan berada dalam zon selesa, kita akan jadi kurang produktif. Sebab itulah saya cabar diri untuk bekerja di tempat baharu dengan cabaran yang berbeza,” jawab Muaz menyatakan pendirian.

Tambahnya, pengalaman bertugas di Kool FM juga banyak perbezaannya kerana Muaz perlu menggunakan daya kreativiti untuk menambah bilangan pendengar dengan suasana kerja yang baharu. - UTUSAN ONLINE

 

sumber : http://www.utusan.com.my

Cetak Emel

offcanvas