Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, program itu yang diadakan serentak di seluruh negeri disertai pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Beliau berkata, penyertaannya turut melibatkan kakita­ngan awam di negeri di samping penglibatan lebih 250,000 murid dan 30,000 guru di seluruh Terengganu bagi menjayakan program berkenaan.