Beliau berkata, keamanan yang dikecapi negara kini membolehkan rakyat khususnya umat Islam menyambut Aidilfiltri dengan keadaan aman dan harmoni.

Katanya, tugas-tugas menjaga keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan cergas dan pantas untuk melindungi negara daripada ancaman-ancaman di sempadan.

"Hari ini kita melihat bahawa keamanan dan keselamatan (negara) amat terjamin dan tanpa itu, tidak mungkin kita dapat menyambut Hari Raya secara bebas. Saya ingin menyatakan kawalan yang paling selamat adalah daripada rakyat sendiri.

 

"Kalau rakyat tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan ekstremis, kita dapat menyambut Hari Raya dalam keadaan bebas tanpa rasa gusar dan ketakutan. Inilah mesti kita pertahankan selama-lamanya," katanya.

Najib berkata demikian dalam temu ramah lintas langsung bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini, yang bermula pada10 pagi hingga 4 petang ini.

Tambah Najib, "Kita dapat merasai dan menikmati kebebasan agak terjamin dengan kawalan keselamatan yang baikpada majlis hari ini. Ia memperlihatkan keamanan negara kita terus terjamin tanpa sebarang insiden tidak diingini". - BERNAMA