Perdana Menteri berkata, kesemua rakannya itu kagum dengan sistem pengangkutan tersebut.

“Baru-baru ini saya dapat menaiki MRT dan mencuba perkhidmatan bas perantara bersama rakan-rakan online.

“Rata-ratanya semua amat kagum dengan sistem pengangkutan kita yang moden ini dan saya memberi jaminan bahawa ini hanyalah permulaan, banyak lagi yang akan kita usahakan,” tulis beliau.

Video yang berdurasi enam minit 27 saat yang dimuat naik di Facebook miliknya telah menerima perkongsian sebanyak 99 kali dan telah ditonton sebanyak 12,000 kali.

Antara rakan dalam talian Najib yang turut ditemubual dalam video tersebut adalah selebriti chef, Karl Shafek; pereka fesyen, Fuzana Mokhtaza; personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sharil Sarapuddin dan ikon fesyen, Wak Doyok. - UTUSAN ONLINE