Saiz Teks

A- A A+

Pilihan Warna

A A

settings

A- A A+
A A

Keratan Akhbar

Utusan: Ernie tidak mahu terlalu selesa

Dikemaskini pada .

 

KUALA LUMPUR 24 Julai - Semakin mula dikenali setelah agak lama bergelut mencipta nama sebagai penyanyi, Ernie Zakri, 25, akui kehidupannya kini makin selesa.

Jika dulu undangan persembahan yang diterima boleh dikira dengan jari, Ernie bersyukur apabila sekarang dia tidak menang tangan untuk mengendalikannya.

“Bukan nak membangga diri tetapi itulah perubahan fasa yang sedang saya lalui sekarang ini selepas memenangi Duo Star.

“Lapan tahun berada dalam industri bukannya satu tempoh masa yang sekejap. Untuk berada pada tahap sekarang laluannya bukan mudah. Namun saya cuba bertahan kerana percaya rezeki setiap orang itu telah diatur sebaik-baiknya,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Tambah juara Bintang RTM 2009 itu, bagaimanapun dia tidak mahu berasa terlalu selesa dengan keadaannya sekarang kerana setiap penyanyi ada tempoh pasang surutnya.

Katanya, dia cuba untuk konsisten supaya karier nyanyiannya berjalan lancar dan selektif dalam pemilihan lagu agar peminat dapat menerima kehadirannya dengan baik.

Selain dikenali menerusi single Jangan Marah, Ernie yang merupakan anak saudara kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain itu juga sedang popular dengan lagu duet nyanyian bersama-sama Syamel berjudul Aku Cinta. - UTUSAN ONLINE

Cetak Emel

offcanvas