Hebahan Buku Baharu : Katakan Tidak Pada Cinta

Dikemaskini pada .
 
Membaca Menyuluh Minda - Hebahan Buku Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Maklumat (PSM) telah memperoleh buku baru bersedia untuk rujukan dan pinjaman seperti berikut:-

 
 
 
 
Judul                     : Katakan Tidak Pada Cinta
Pengarang           : Nurul Shuada
Tahun Terbitan  : 2016
No. Panggilan     : M Fic NUR  2016
 
Sinopsis:
 
Dendam masa lalu telah menghapuskan perkataan ‘cinta' dari kamus hidup Inspektor Muhammad Afham Nazhan. Sisa yang tinggal sekarang hanyalah untuk memastikan Roy diberkas dalam tangannya sendiri. Kematian kekasihnya beberapa tahun yang lepas perlu dituntut bela! Detik tengah malam di dalam sebuah hutan belantara. Detik yang sedang bermula segalanya. Dengan hanya berniat untuk membantu seorang inspektor polis yang tercedera, Cinta Fiska mempertaruhkan keselamatannya demi amalan ‘budi bahasa budaya kita'. Namun, lelaki yang diselamatkannya itu bukanlah jenis yang mengenang budi. Bercakap dengan Afham serupa bercakap dengan hantu. Bahasanya sentiasa keras dan kasar. Masing-masing membawa diri. Afham dengan dendamnya dan Fiska dengan misi pencarian abang kandungnya. Sekali lagi mereka berdua dipertemukan bersama Darish Izuan. Tanpa sengaja, hati Darish terusik. Nama indah Cinta Fiska mula meniti di bibir. Keadaan bertambah rumit bila siang dan malam Fiska pula hanya memikirkan Afham. Cinta segi tiga. Darish cintakan Fiska. Fiska pula cintakan Afham. Tetapi, Afham?
 
 
 
Kami mengalu-alukan kunjungan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan ke PSM yang bertempat di Aras 2, Wisma Berita.
Untuk pertanyaan / maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Asrina / Pn. Suriani di talian 03-22887603 / 7204.
 
Sekian, terima kasih.
 
Pusat Sumber Maklumat
Jabatan Penyiaran Malaysia

Cetak